Sebagai umat Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu dan seseorang yang tidak bangun untuk bersahur masih dibolehkan berpuasa tetapi apakah hukumnya?
Artikel Berkaitan: Mandi Wajib Lepas Subuh Waktu Puasa? Jangan Keliru, Baca Ni Dulu
Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Mandi Junub, Ikut Turutan
Tak bangun sahur

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam amalan puasa di bulan Ramadan, terdapat sunnah yang dianggap besar iaitu menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’ad. Sabda Nabi SAW:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Maksudnya: Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka. Riwayat Al-Bukhari (1957) & Muslim (2608)
Menurut Imam Al-Nawawi, hadis ini menjadi dorongan untuk umat Islam agar berbuka segera selepas terbenam matahari, kerana meninggalkannya boleh menandakan kerosakan dalam urusan kehidupan masyarakat. (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim, 7/28).
Selain itu, sahur juga merupakan sunnah yang sangat paling besar dan antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan. Ia juga merupakan pemisah di antara puasa kita dengan puasa yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain.
Hadis riwayat Sahl Bin Sa’ad menyatakan bahawa sahur membezakan puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab:
إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: Pemisah (perbezaan) di antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah bersahur. Riwayat Abu Daud (2343)
Bahkan bersahur menyebabkan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Nabi SAW bersabda.
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: Bersahurlah kerana di dalam sahur itu adalah berkat. Riwayat Al-Bukhari (1923)
Keberkatan ini termasuk membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari untuk beribadah. Hadis riwayat Abu Sa’id Al-Khudri juga menekankan agar sahur tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air:
السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
Maksudnya: Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur. (Riwayat Imam Ahmad (11102) di dalam Musnadnya)
Para ulama menegaskan bersahur adalah sunnah yang paling besar dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda.
Tidak bersahur bermakna dia telah meninggalkan sunnah yang paling besar dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapatkan.
Ya, memang puasanya sah akan tetapi berpuasa bukan hanya melibatkan sah atau tidak sah. Apa yang kita mahukan adalah keberkatan di dalam ibadah puasa yang kita lakukan.
Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
The post Puasa Tapi Tak Bangun Sahur, Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.





