Usahawan, Datuk Azril Mohd Radzi mahu mengikut jejak langkah rakan seperjuangan, Datuk Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang kini aktif dalam dunia hiburan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Berdiri Atas Kaki Sendiri, Selepas 5 Tahun Berniaga..Baru Orang Tahu Saya Anak Bonda Rozita’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Jarang Upah Jurusolek, Lebih Selesa Mekap Sendiri – ‘Dulu Saya Mak Andam..15 Minit Dah Boleh Siap’
Azril Mohd Radzi mahu fokus pada minat

Ketika ditemui , Azril, 40, mengakui dirinya seorang introvert dan lebih selesa dalam dunia perniagaan.
Namun, katanya dia tekad keluar dari zon selesa dan mencabar diri dalam bidang baharu, khususnya di kaca televisyen.
Sebenarnya, dulu saya pernah terlibat dalam dunia peragaan dan pengacaraan.
Sekarang perniagaan dah okey dan stabil, rasa macam nak fokus semula pada minat yang sudah lama terpendam.
Seiring dengan peredaran zaman. Saya rasa sekarang ini peluang yang ada untuk ceburkan diri dalam industrI.
Azri berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shah Alam, pada Khamis.
Untuk audiens baru

Tambah pengasas produk jamu jenama V’Asia itu, penglibatan rakan-rakan usahawan dalam dunia hiburan yang dijadikan platform promosi secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepadanya untuk kembali aktif dalam bidang berkenaan.
Sebenarnya, saya merupakan individu yang lama berniaga dan selalu keluar TV je (offline).
Jadi saya nak buat kemunculan untuk terlibat dalam bidang ini. Supaya dapat tangkap audiens yang baharu.
Tapi saya akui benda ini sangat mencabar sebab saya ‘orang offline’, hampir 20 tahun tapi kurang dikenali.
Saya dah bersedia nak menonjol selepas ini.
Dalam masa sama, dia memaklumkan hanya mahu memberi tumpuan kepada dua cabang utama dalam industri seni iaitu nyanyian dan pengacaraan.
Bidang modeling tak boleh sebab saya dah tua. Tapi ada sahaja job modeling yang saya buat sebelum ini.
Mungkin saya lebih minat dalam bidang pengacaraan.
Di samping itu, Azril mengakui dunia hiburan sarat dengan kritikan dan dia bersedia menghadapi sebarang kecaman.
Saya pun pernah dapat kecaman sebelum ini tapi saya rasa waktu itu belum bersedia dan tak biasa.
Saya percaya selepas ini kalau dah serius dalam bidang hiburan, semua kecaman adalah perkara yang kita kena hadap dan terima.
Tahun lalu, Azril pernah menjadi perhatian selepas menerima kritikan netizen berhubung kenyataannya mengenai namanya yang didakwa tidak tersenarai dalam kalangan penyumbang zakat perniagaan tertinggi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
The post ‘Saya Minat Bidang Pengacaraan’ – Azril Mohd Radzi Sedia Aktif Ceburi Dunia Hiburan first appeared on OHBULAN!.





