29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terengganu turun liga? Belanjalah berhemat, pesan Irfan Bakti

    Shopee Sale

    Bekas ketua jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim menggesa Terengganu FC (TFC) mengamalkan perbelanjaan berhemat dan realistik sebagai langkah terbaik untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

    Irfan Bakti berkata prinsip “ukur baju di badan sendiri” perlu menjadi keutamaan, terutama ketika timbul spekulasi mengenai kemungkinan TFC beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro susulan kekangan kewangan.

    Beliau yang membawa Terengganu menjuarai Piala FA musim 2011 serta muncul naib juara Piala Malaysia 2011 dan 2018 turut mengakui kecewa dengan perkembangan itu dan memaklumkan telah mengetahuinya lebih awal.

    "Sudah tentu saya sangat kecewa apabila dengar berita ini. Terengganu FC merupakan antara pasukan elit dalam bola sepak negara, jadi persoalan timbul mengapa perlu turun beraksi di liga semi-pro.

    “Saya masih berharap keputusan itu boleh dinilai semula dan TFC kekal dalam Liga Super dengan pendekatan lebih berhemat tanpa mengikut langkah sesetengah pasukan yang berbelanja di luar kemampuan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Irfan Bakti, yang merupakan jurulatih berpengalaman luas dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M), berkata pengurusan kewangan lebih terkawal bukan sahaja mampu memastikan kelangsungan kelab, malah mengelakkan beban hutang jangka panjang yang boleh menjejaskan kestabilan pasukan.

    MENARIK:  Catuan bekalan elektrik di Sabah dan Labun

    Beliau turut berpandangan situasi kewangan TFC tidak seteruk sesetengah kelab lain, sekali gus memberi ruang kepada skuad Penyu untuk melakukan penstrukturan semula secara lebih tersusun.

    “Pendekatan berhemah dalam perbelanjaan kini menjadi keperluan utama dalam landskap bola sepak tempatan yang semakin mencabar, khususnya dengan pelaksanaan mekanisme kawalan kewangan seperti Peraturan Kewangan Adil (FFP),” katanya.

    Semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim memaklumkan TFC tidak menolak kemungkinan beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro musim depan, dengan faktor dalaman khususnya kekangan kewangan antara isu utama yang terus membelenggu pasukan.

    Hishamuddin turut mengibaratkan masalah yang membelenggu pasukan itu seperti penyakit kronik yang berpanjangan dan memerlukan rawatan serta pengurusan rapi untuk dipulihkan.

    Bagaimanapun, beliau memaklumkan pengurusan kelab kini sedang memperhalusi perkara itu yang memerlukan penelitian serta perbincangan mendalam sebelum keputusan muktamad dibuat.

    TFC ketika ini berada di tangga kelima Liga Super 2025/2026 dengan mengumpul 32 mata selepas mengharungi 20 perlawanan, berbaki empat lagi aksi sebelum tirai musim dilabuhkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah