34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prasarana Mengumumkan Penyelarasan Harga Pas MyCity Untuk Perjalanan Tanpa Had Menggunakan Pengangkutan Awam

    Shopee Sale



    Pas MyCity

    Korang pengguna pengangkutan awam, Rapid KL kendalian Prasarana?

    Guna Pas MyCity tak?

    Kalau ye, ini beberapa maklumat terkini yang perlu korang tahu tentang penyelarasan harga Pas MyCity.

    Guna pengangkutan awam tanpa had dengan Pas MyCity !

    Pas MyCity

    Bagi yang belum tahu, Pas MyCity mula diperkenalkan pada tahun 2019. Pas ini adalah pas perjalanan tanpa had khusus untuk pengguna Rapid KL.

    Dengan adanya pas perjalanan ini, korang boleh guna kesemua pengangkutan awam seperti perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, BRT, Rapid Bus, bas perantara LRT dan MRT di sekitar Lembah Klang hanya pada 1 harga bagi tempoh yang telah ditetapkan.

    Apa yang penting korang ada Touch ‘n Go dan langgan Pas MyCity.

    Harga Pas MyCity kini telah diselaraskan bermula 8 Mac 2024!

    Pas MyCity

    Seiring dengan peluasan jajaran rel di Lembah Klang dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sepenuhnya pada tahun 2023 serta pembukaan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam pada awal tahun 2025, harga Pas MyCity 1 hari telah diselaraskan pada 8 Mac 2024 yang lalu.

    Walau bagaimanapun, harga bagi Pas MyCity 3 hari masih dikekalkan pada kadar yang sama.

    MENARIK:  Datuk Red Nafi ‘Gila Talak’ – ‘Status Saya & Adira Belum Jelas, Sama Ada Suami Isteri Atau Tidak’

    Pas MyCity kembali diperkenalkan bagi pengguna bukan warganegara!

    Bukan itu sahaja, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Kuala Lumpur, pihak Prasarana memperkenalkan semula Pas MyCity bagi pengguna bukan warganegara Malaysia.

    Inisiatif ini dijangka dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelancongan khususnya di Lembah Klang.

    Berikut adalah harga terkini bagi perkhidmatan Pas MyCity:

    Dapatkan Pas MyCity di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab bas terpilih.

     

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah