27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Photographer’ Mohon Maaf Cari ‘Talent’ Pelajar Sekolah – ‘Tiada Niat Guna Gambar Mereka Ke Arah Negatif’

    Shopee Sale

    Seorang jurugambar tampil memohon maaf secara terbuka selepas video miliknya yang mencari ‘talent’ atau bakat dalam kalangan pelajar sekolah untuk dijadikan model tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

    Artikel Berkaitan: Caprice Bakal Terima Saman Daripada Asyraf Khalid, Minta Maaf Kepada Mangsa-Mangsa – ‘Hari Ini Mereka Menang’

    Hanya konten

    Mengakui khilaf dan menerima segala teguran, individu terbabit menjelaskan bahawa kandungan video tersebut dirakam sekitar Januari lalu dan hanyalah bersifat gurauan serta bertujuan hiburan semata-mata.

    Saya pemilik video tersebut, video itu dirakam pada bulan Januari lalu. Untuk makluman, photoshoot untuk hiburan semata-mata.

    Jadi dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua netizen kerana konten sebegini memberi tanggapan negatif.

    Terima kasih atas teguran semua dan saya ambil dengan hati yang terbuka dan pandang dari sudut positif.

    Permohonan maaf itu dilakukan selepas selebriti media sosial, Caprice, memuat naik video berkenaan di Instagram miliknya dan mempersoalkan tindakan jurugambar tersebut yang didakwa meletakkan kriteria tidak munasabah dalam memilih pelajar sekolah sebagai model.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Hilang Sabar: 'Lama Sudah Saya Diam, Kalau Berani Jumpalah Depan' - Siapa yang Menyebabkan?

    Menerusi satu lagi siri hantaran, Caprice turut berkongsi paparan perbualan antara dirinya dengan jurugambar tersebut yang mengakui kesilapan kerana menjadikan pelajar sekolah sebagai bahan kandungan semata-mata demi meraih perhatian di media sosial.

    Konten untuk video TikTok saya sahaja, hanya hiburan kepada mereka yang mahukan hasil gambar cantik. Tiada bayaran pun, saya buat sukarela.

    Sebelum photoshoot pun ibu bapa pelajar sudah sedia maklum. Tiada niat yang tidak baik atau saya sengaja pergunakan budak sekolah. Tiada niat guna gambar mereka ke arah negatif.

    Saya terlalu ikut perasaan mahukan view, saya silap pergunakan budak sekolah. Maaf, saya memang silap.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Photographer’ Mohon Maaf Cari ‘Talent’ Pelajar Sekolah – ‘Tiada Niat Guna Gambar Mereka Ke Arah Negatif’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah