Pelakon Andy Teh berkongsi pengalaman pahitnya pernah menjadi mangsa buli semasa zaman persekolahan.
Artikel Berkaitan: Andy Teh Puji Bakat Fadlan Hazim, Nasihat Jangan Putus Asa – ‘Dia Ada Masa Depan Yang Cerah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Bapa Sokong Kalau Jodoh Saya Itu Wanita Beragama Islam Cuma Risau …’ – Andy Teh
Andy pernah dibuli

Menerusi podcast Show Dalam Bilik, pemilik nama Andy Teh Kim Huat, 40, memaklumkan bahawa ketika berada di sekolah rendah, dia seorang yang pendiam dan kurang keyakinan diri.
Malah fizikal yang kecil dan kekurangan rakan antara salah satu sebab mengapa dirinya sering menjadi sasaran pembuli.
Fasa di masa sekolah rendah, memang saya seorang yang sangat pendiam sebab masa tu selalu kena buli. Pendek, kurus kering, lepas tu dia tak ramai kawanlah.
Paling teruk saya pernah kena, mereka ambil beg saya dan tuang air.
Tidak tahan dibuli, Andy akhirnya membuat keputusan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan menyertai kelab Taekwondo pada usia 10 tahun.
Masuk kelas pertahankan diri

Ujar pelakon filem Blood Brothes ini lagi, ilmu tersebut bukan sahaja membantu dia mengatasi rasa takut, malah membina keyakinan diri.
Pertama saya daftar sebab hati macam nak balas dendam. Tapi bila masuk, saya bertemu jurulatih yang sangat baik. Dia ajar saya bukan untuk balas dendam, tapi untuk tingkatkan keyakinan diri.
Dendam tu bukan menyelesaikan apa-apa. Apa yang penting adalah bagaimana kita bangkit dan gunakan pengalaman itu untuk jadi lebih kuat.
Tambah Andy, meskipun melalui pengalaman pahit itu pada usia yang masih muda namun dia merahsiakan perkara tersebut daripada guru mahupun ibu bapanya.
Benda-benda macam ni kacau mental saya. Sampai satu tahap, pergi sekolah pun saya takut. Tapi saya tak pernah cakap dengan cikgu, tak pernah cakap dengan mak ayah.
Bagaimanapun, berbekalkan ilmu dan keyakinan diri yang sedia ada, Andy menunjukkan transformasi sehingga dia menjadi inspirasi kepada pelajar lain ketika di peringkat sekolah menengah.
Bila masuk sekolah menengah, tiba-tiba saya jadi star dalam sukan. Bukan cakap saya hebat, tapi memang saya wakil sekolah dalam banyak sukan dan menang.
Penglibatannya di kelab Taekwondo sekolah menjadi titik tolak Andy berjinak serius dalam sukan ini sehingga pernah mencipta kejayaan dalam kejohanan Ultimate Beatdown, Copa Da Malasia International Championshipserta IPMF World Combative Martial Arts Championship.
Malah Andy kini telah membuka pusat sukan Elitez Mont Kiara yang memfokus kepada seni bela diri campuran (MMA) serta kelas lagak ngeri (stunts).
Tercalon Paling Viral
View this post on Instagram
Dalam perkembangan lain, Andy tercalon dalam kategori Selebriti Paling Viral di Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.
The post Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Andy Teh Kuasai Ilmu Pertahankan Diri – ‘Saya Pendiam, Fizikal Kecil’ first appeared on OHBULAN!.





