Bila cakap pasal produk halal Malaysia, ramai sedia maklum Syarikat kita yang power. Berbekalkan strategi yang mantap serta dorongan yang tepat ramai Syarikat mampu mengorak langkah dengan lebih jauh.
Dalam usaha untuk membantu syarikat halal tempatan, Halal Development Corporation Berhad (HDC) tampil untuk melancarkan Halal Home-grown Champion Sourcing Partnership Program (HSPP). Sebuah program yang betul-betul fokus nak bantu syarikat naik level dari local champion terus jadi global player!

Untuk pengetahun, pada tahun 2025 sahaja HDC menjadi saksi kepada pelbagai kejayaan yang lahir daripada program ni.
Ayuh kita tengok macam mana HSPP bantu beberapa syarikat tempatan dalam melepasi cabaran serta berjaya tembusi pasaran antarabangsa!
Apa Itu HSPP? Program Lengkap Untuk Syarikat Halal Malaysia ke ‘Persada Global’

HSPP dibangun khusus untuk meningkatkan keboleh pasaran Syarikat Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) Halal melalui empat komponen utama:
1. Pensijilan Antarabangsa Yang Memenuhi Piawaian
- Bantu Syarikat dapatkan pensijilan antarabangsa seperti GMP, HACCP & ISO 22000.
- Tingkatkan kredibiliti produk dan penuhi piawaian global.
- Buka peluang eksport sebab banyak negara memang wajibkan standard ini.
2. Penjenamaan Digital
- Latihan digital marketing dan bimbingan dari expert.
- Siap ada media buy untuk bantu naikkan visibiliti produk.
- Bantu jenama tempatan bina kehadiran lebih kukuh di platform digital.
3. Product Packaging Development
- Rekaan packaging baharu mengikut standard industri & keperluan pasaran semasa.
- Tumpuan pada aspek fungsi, keselamatan, kelestarian dan estetika.
- Bagi kelebihan besar terutama untuk produk di retail & e-commerce.
4. ESG
- Latihan ESG untuk PKS bersedia dengan permintaan global masa depan.
- Ajar operasi lebih cekap, beretika dan lestari.
- Jadikan syarikat lebih menarik untuk pelabur & rakan strategik.
Kisah Kejayaan HSPP 2024: Meet Mee Kitchen Sdn. Bhd.
Dari Pan Mee Jalanan ke Pasaran Antarabangsa
Siapa yang kaki TikTok mesti pernah nampak Meet Mee Kitchen meletup dengan Instant Chili Pan Mee mereka.
Jenama ini bukan biasa-biasa sebabnya mereka adalah peneraju pan mee segera halal pertama di Malaysia dan pernah pecah rekod Malaysia Book of Records untuk ‘Most Instant Pan Mee Sold in One Hour’. Padu!
Kini Instant Chili Pan Mee sudah berjaya dieksport ke lima buah negara terdiri dari Singapura, Brunei, Australia, Kanada dan Timor-Leste.
Bagaimana HSPP Berjaya Bantu Meet Mee?
Menerusi penyertaan Meet Mee dalam program HSPP, peluang eksport mereka semakin luas hingga berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei, selain membina kerjasama strategik bersama Atomy Malaysia.
Melalui fasilitasi HSPP Packaging Development, mereka menerima reka bentuk pembungkusan baharu yang lebih menarik dan menepati piawaian. Kini, Meet Mee tampil lebih yakin, kompetitif dan memiliki jenama yang lebih kukuh di mata pembeli serantau.
Apa yang unik tentang HSPP menurut Meet Mee?
“HSPP menyediakan platform menyeluruh dari pensijilan, digital branding, packaging sehinggalah kepada akses pasaran global. Ia benar-benar mempercepatkan proses kami untuk tembusi pasaran antarabangsa.”
Kisah Kejayaan HSPP 2024: World Prominence Sdn. Bhd. (WPSB)
Dari Pembekal Bahan Makanan ke Jenama Global ‘SUDEE’
Diasaskan sejak 1997, WPSB memang bukan nama kecil dalam industri makanan. Mereka terkenal dengan jenama SUDEE, dengan lebih 100 SKU yang berada dalam pasaran tempatan dan luar negara seperti ASEAN, UK, Eropah dan Timur Tengah.
Mereka juga turut memenangi pelbagai anugerah termasuk PKS Corp E50, 100 Fast Moving PKS, MIHAS Innovative Awards (2024) dan World Halal Excellence Awards (2023).
Bagaimana HSPP Berjaya Bantu WPSB?
Melalui sokongan HSPP dalam memperoleh pensijilan ISO 22000:2018, WPSB berjaya memasuki rangkaian runcit multinasional seperti AEON dan KARA Marketing, selain menembusi pasaran Amerika Syarikat. Syarikat WPSB juga kini dilantik sebagai pembekal OBM dengan menerima tempahan berskala besar.
Lebih membanggakan, WPSB dipilih oleh Lotte GRS Korea sebagai pembekal untuk rangkaian fast-food baharu mereka.
Apa yang unik tentang HSPP menurut WPSB?
“Pendekatan hands-on oleh HDC melalui HSPP sangat membantu. Latihan ESG pula beri nilai tambahan yang semakin penting untuk syarikat yang nak pergi jauh dalam pasaran global.”
Beauty Kaseh, Skincare Halal Dari Kelantan Kini Bersedia Ke Pasaran China & Timur Tengah
Beauty Kaseh adalah jenama kelahiran Kelantan yang fokus menghasilkan produk skincare halal, selamat dan berasaskan bahan semula jadi. Antara produk popular mereka terdiri daripada Hybrid Tinted Sunscreen, Kaseh Skincare, Arjuna Coffee Kaseh dan Manja Kaseh
Menerusi permintaan yang semakin meningkat, Beauty Kaseh kini bergerak lebih agresif ke pasaran luar seperti China dan Timur Tengah. Serius hebat
HSPP bantu Beauty Kaseh dengan:
- Packaging development: Menawarkan packaging baharu yang lebih premium, siap digunakan untuk China National Expo.
- Digital Branding: Kedai online yang lebih teratur, cantik dan profesional.
Hasilnya,
Brand image meningkat : Lebih yakin untuk masuk pasaran antarabangsa.
Buka peluang ejen baharu : Pertumbuhan jualan lebih stabil.
Apa yang buat Beauty Kaseh jatuh hati dengan HSPP?
“Program ni bukan sekadar beri latihan malah ia beri bimbingan praktikal, sokongan berterusan dan network dengan agensi kerajaan.
Memang memudahkan perjalanan kami untuk sertai pasaran global.”
Kenapa HSPP Jadi Pilihan Syarikat Halal?

Ramai peserta HSPP berjaya:
- Mendapat Leads dan new Business opportunity
- Tambah jualan
- Dapat potential buyer baharu
- Bantuan Masuk ke pasaran eksport
- Tingkatkan kredibiliti jenama
- Bangun keyakinan untuk scale-up
Nak Jadi Syarikat Halal yang Sedia Tembusi Pasaran Global?

Adakah korang Syarikat seterusnya yang bakal terpilih sebagai kumpulan syarikat halal yang berjaya?
Ayuh mohon HSPP sekarang dan jadi sebahagian daripada syarikat yang bersedia melangkah ke peringkat antarabangsa.
Korang boleh mula mohon sekarang dengan klik di SINI.
Inilah masanya untuk naikkan jenama produk korang pula ke peringkat global!
The post Dari Tempatan ke Pasaran Global: Macam Mana Program HDC Bantu Syarikat Halal Tempatan Tempa Kejayaan! first appeared on OHBULAN!.





