25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Ada Rekod Jenayah R**ol Budak Bawah Umur, Atlet Bola Tampar Kena ‘Boo’ Di Olimpik Paris

    Shopee Sale



    Pernah mempunyai rekod jenayah rogol kanak-kanak di bawah umur, atlet bola tampar Belanda iaitu Steven van der Velde menerima ejekan daripada penonton selepas dia dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

    Penonton tak puas hati

    Menerusi laporan Express, atlet berusia 29 tahun itu dan pasukannya membuka kempen mereka dengan berdepan Itali dalam Kumpulan B.

    Menerusi perlawanan tersebut, penonton jelas tidak berpuas hati dengan keputusan untuk membenarkan van der Velde beraksi dalam temasya Olimpik.

    Ketika kemunculan pertamanya di Paris, Van der Velde diejek penonton yang membuat bunyi ‘boo’ dari tempat duduk masing-masing pada permulaan perlawanan.

    Terdahulu, Van der Velde dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Britain.

    MENARIK:  Wanita Dipenjara Selepas P*tong & T*tak Kemaluan Suami 50 Kali Akibat Curang

    Dia hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut sebelum dibenarkan menyambung kerjaya bola tamparnya.

    Bulan lalu, dia dipilih untuk mewakili pasukan Belanda di Olimpik 2024.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah