33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Giliran Korang Pula! Jom Kongsi Pengalaman Dengan Coway & Bagi Inspirasi Pada Orang Lain!

    Shopee Sale

    Setiap rumah ada kisahnya sendiri, dan setiap orang ada cara tersendiri untuk hidup selesa. Ada yang rasa bahagia bila udara dalam rumah segar, ada yang lega bila anak-anak tidur lena, ada juga yang tenang bila air minuman terjamin bersih. 

    Semua ni nampak kecil, tapi sebenarnya itulah yang buat rutin kita lebih seronok. 

    Kalau korang nak tahu, Coway, the Best Life Solution Company nak bawakan sesuatu yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia dengan kempen terbaru mereka, Made For Me

    Dalam bahasa kita, Dicipta Untukku sebab setiap orang ada cara hidup berbeza, dan Coway faham macam mana nak sesuaikan solusi ikut keperluan korang.

    Siapa sangka, kisah sebenar pelanggan bakal jadi kempen luar biasa! 

    Made For Me bukan sekadar kempen biasa. Ia dicipta berasaskan pengalaman dan cerita pelanggan sendiri tentang macam mana Coway dah jadi sebahagian dalam rutin harian mereka.

    Coway sendiri dah berada di Malaysia hampir dua dekad sejak tahun 2006. Bermula sebagai The Water Specialist, jenama ni kini berkembang dengan pelbagai kategori produk lain yang merangkumi udara, tidur, kebersihan dan banyak lagi.

    Coway percaya, testimoni real-life ni boleh jadi inspirasi untuk orang lain, sebab wellness setiap orang tu unik dan berbeza.

    Lebih daripada sekadar produk

    Korang mesti kenal Coway dengan produk penulen air dan udara kan? Yang menariknya, produk ni dah jadi sebahagian daripada gaya hidup harian kita tanpa kita sedar.

    Ada yang memang tak boleh mulakan pagi tanpa mencuci muka dengan air Coway kerana yakin kulit akan terasa lebih segar dan terjaga. Malah ada juga yang menggunakannya untuk menyiram pokok bunga supaya nampak lebih subur dan segar.

    Bagi pencinta kucing pula, penulen udara Coway ibarat penyelamat untuk mereka. Rumah jadi kurang berhabuk dan bulu pun tak berterbangan merata. Malah, ada juga pemuzik yang gemar menggunakannya kerana ia membantu menjaga alat muzik daripada cepat berhabuk.

    MENARIK:  [VIDEO] Tular Semula Pesanan Da’i Syed Kepada Mangsa R*gol Alami Kemurungan – ‘Hadapi Hidup Ini Dengan Tenang, Kita Tak Tahu Masuk Syurga Atau Neraka’

    Nampak macam perkara kecil, tapi semua inilah yang membuatkan hidup terasa lebih mudah, selesa dan tenang setiap hari. Lebih menarik, Coway bukan sahaja menawarkan penulen air dan udara, malah turut melengkapkan rumah dengan pelbagai produk lain seperti tilam, kerusi urut, pendingin hawa, washer dryer dan banyak lagi.

    Sebab tu lah, Coway bukan sekadar jenama, tapi dah hadir sebagai life-enhancing essential yang menyokong gaya hidup sihat, tenang dan seimbang dalam pelbagai cara yang mungkin kita tak perasan. Kadang-kadang siap bagi kesan yang tak disangka. 

    Dicipta untuk semua!

    Bukan tu je, tak kisah sama ada korang bujang, baru berkahwin, ada anak kecil, atau tinggal dengan ibu bapa, Coway faham setiap peringkat kehidupan memerlukan solusi berbeza.

    Made For Me nak buktikan, perjalanan kesihatan dan kesejahteraan setiap individu adalah unik dan istimewa. Ia tentang sokongan yang sesuai dengan keperluan setiap rumah dan individu.

    Coway juga sentiasa mendengar, memahami, dan berinovasi untuk hadir dengan home wellness solutions yang betul-betul sesuai untuk rakyat Malaysia.

    Dari udara, air, tidur hinggalah kebersihan, semuanya dibuat dengan satu tujuan untuk bagi hidup kita lebih tenang, lebih sihat, dan lebih terjaga.

    Inilah masanya untuk kongsi momen kecil yang buat hidup lebih bermakna!

    Kempen Made For Me (Dicipta Untukku) kini menanti korang! Jangan lepaskan peluang untuk kongsi sendiri kisah dan pengalaman korang bersama Coway. 

    Jangan lupa ikuti laman sesawang Coway dan media sosial mereka (Facebook & Instagram) untuk info lanjut.

    The post Giliran Korang Pula! Jom Kongsi Pengalaman Dengan Coway & Bagi Inspirasi Pada Orang Lain! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah