30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Sanggup Redah Hujan Demi Karipap Siti Nurhaliza – ‘Dia Nak Beri Pada Siapa Yang Sudi Datang Ambil Di Rumah’

    Shopee Sale

    Seorang individu berkongsi detik manis apabila dapat menikmati karipap hasil air tangan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Artikel Berkaitan: Peminat Terpesona Dengan Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Solekan – ‘Terima Kasih Tegur Saya’

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Buat Penampilan Istimewa, Pukau Orang Ramai Dengan Lagu ‘Training Season’

    Gembira

    Menurut Jep, pada awalnya dia sekadar menonton siaran langsung di TikTok Siti Nurhaliza yang ketika itu penyanyi tersebut sedang membuat karipap.

    Bagaimanapun, dia tidak menyangka pelantun lagu Cindai itu akhirnya mempelawa para penonton untuk merasai karipap air tangannya.

    Hujan-hujan layan (live TikTok) Datuk Siti buat karipap. Hujung-hujung tu Datuk Siti ada beritahu dia nak beri karipap pada yang sudi datang ambil di rumahnya.

    Apa lagi, hujan-hujan pun saya sanggup redah. Dari Maluri ke Bukit Antarabangsa.

    Jep meluahkan rasa gembira kerana tidak menyangka dapat merasai air tangan penyanyi nombor satu negara itu.

    Terima kasih Datuk Siti belanja karipap untuk berbuka.

    Sumpah macam tidak percaya dapat makan makanan hasil tangan biduanita negara.

    Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya turut gembira untuk Jep.

    MENARIK:  ‘Kalau Tiada Duit, Dia Akan Minta Dengan Saya’ – Mangobossku Puji Kejujuran Roslan Shah, Tak Peduli Kecaman Sebab Buat Gimik

    Sumber: Threads

    The post Peminat Sanggup Redah Hujan Demi Karipap Siti Nurhaliza – ‘Dia Nak Beri Pada Siapa Yang Sudi Datang Ambil Di Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah