30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tiada Duit, Dia Akan Minta Dengan Saya’ – Mangobossku Puji Kejujuran Roslan Shah, Tak Peduli Kecaman Sebab Buat Gimik

    Shopee Sale



    Roslan Shah

    Pempengaruh terkenal Singapura, Mangobossku menyatakan dia sengaja menguji kejujuran pengacara dan pelakon Roslan Shah dalam persahabatan.

    Rancang dengan pekerja

    Roslan Shah

    Menurut Mangobossku, dia merancang bersama stafnya untuk meletakkan wang RM66,000 (SGD 20,000) ke dalam beg ketika Roslan pergi ke tandas.

    Ketika Roslan pergi ke tandas, saya minta kakitangan masukkan duit tunai SGD20,000 ke dalam beg miliknya.

    Jadi ketika dia membuat siaran langsung di TikTok, saya pun jalankan kerja dan mencari duit yang hilang.

    Roslan tak mencuri

    Roslan Shah

    Kata Mangobossku yang kini menjalankan perniagaan kunafa dan memiliki 13 gerai beraneka makanan di Singapura, dia memuji dengan sikap Roslan yang tidak pernah berniat mencuri walau sesen.

    Sepanjang mengenalinya dia tidak pernah mencuri. Kalau dia tiada duit, dia akan minta dengan saya.

    Pernah saya tinggalkan duit ketika dia ada, satu sen pun tak hilang. Saya selalu saja bawa duit jualan ke rumah dan mengajaknya, tapi dia tak pernah mencuri atau ambil barang saya.

    Dalam pada itu, Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said berkata, dia enggan ambil peduli dengan kecaman warganet.

    Walaupun orang kecam, saya hanya mampu cakap apa saja kandungan yang dimuat naik anda tengok boleh, tapi jangan percaya dengan melalu.

    Terdahulu dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Roslan pada awalnya menganggap Mangobossku hanya bergurau atau melakukan ‘prank’. Namun, situasi bertukar serius selepas wang SGD 20,000 itu benar-benar dijumpai dalam begnya.

    MENARIK:  Rabbani Pernah Dipandang Negatif Oleh Agamawan, Sukar Terima Kelainan Lagu ‘Pergi Tak Kembali’

    Menafikan dakwaan itu, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya daripada tuduhan mencuri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah