28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siswa, NGO kecam polis tangkap aktivis, penduduk dalam operasi roboh kampung

    Shopee Sale

    Kumpulan siswa dan NGO menyelar kerajaan negeri Sabah dan pihak polis susulan operasi perobohan rumah yang bertukar kecoh di Kampung Asaon, Matunggong, Sabah, hari ini.

    Kejadian di kampung adat suku Rungus itu menyaksikan tiga aktivis mahasiswa serta seorang penduduk kampung ditahan manakala seorang lagi penduduk dilaporkan pengsan dan cedera selepas didakwa ditarik secara kasar oleh anggota polis.

    Ketegangan itu berpunca daripada notis pengosongan tanah yang didakwa dikeluarkan hanya tujuh hari sebelum operasi dijalankan, menurut kenyataan bersama Liga Rakyat Demokratik dan Sejagat Malaysia petang tadi.

    Pengerusi Sejagat Malaysia, Syed Sheikh Alattas mengecam tindakan pihak berkuasa yang disifatkannya sebagai pendekatan “roboh dahulu, semak kemudian”.

    "Mengeluarkan notis pengosongan dalam tempoh hanya tujuh hari kepada komuniti luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada peguam adalah satu tindakan yang sangat zalim dan tidak bermaruah.

    "Tindakan merobohkan kediaman penduduk sebelum proses verifikasi rasmi itu selesai adalah sangat tidak rasional dan songsang," katanya pada kenyataan media.

    Syed Sheikh menjelaskan dia merujuk kepada sesi pemeriksaan dan pengesahan bukti lapangan berhubung status tanah adat itu, yang menurutnya telah dijadualkan pada 20 Jun 2026.

    MENARIK:  Proses pelantikan hakim tertakluk tatacara perlembagaan – AGC

    Kampung Asaon dipercayai didiami secara turun-temurun oleh komuniti Rungus namun kerajaan Sabah masih belum mewartakan status tanah berkenaan secara rasmi. Bagaimanapun, pihak berkuasa pula dikatakan menganggap kawasan itu sebagai tanah kerajaan.

    Ketegangan memuncak apabila kehadiran mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kumpulan solidariti Borneo Komrad di kampung tersebut ketika proses perobohan bertukar menjadi kekecohan.

    Sementara itu, Liga Rakyat Demokratik mendakwa kekerasan yang dikatakan berlaku itu memalukan pihak polis.

    Ketua Penerangannya, Naiem Zikri berkata pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) leka serta tidak mengendahkan nasib mangsa yang cedera.

    "Ketakutan beginilah yang merosakkan nama baik polis dan membuatkan masyarakat jelak dengan kekerasan yang ada," dakwa Naiem sambil menuntut pembebasan aktivis dan penduduk yang ditahan.

    Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Sabah Jauteh Dikun berhubung dakwaan itu dan masih menunggu maklum balas lanjut daripada pihak berkuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah