28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Rayu Amir Ahnaf Jangan Cepat Kahwin – ‘Mental Aku Belum Kuat’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf, berkongsi satu mesej mencuit hati yang diterimanya daripada seorang peminat dari Indonesia.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Ahnaf Bincang Dulu Sebelum Buat Babak Bersentuhan, Hormat Pasangan Gandingan Sudah Kahwin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Ahnaf Pakej Lengkap, Tampan & Pandai Mengaji – ‘Bagus Didikan Mak Ayah Dia’

    ‘Jangan cepat-cepat nak kahwin’

    Dalam mesej yang dikirimkan di Instagram, peminat wanita itu meminta Amir supaya tidak terburu-buru untuk berkahwin. Tambahnya lagi, dia belum bersedia secara mental untuk menerima berita tersebut.

    Abang, aku nak bagi saran sikit ya. Jangan cepat-cepat nak kahwin, please. Bukan nak kata buruk, tapi aku belum bersedia.

    Lebih melucukan, peminat itu juga sempat menyebut nama Mark Lee (ahli kumpulan K-pop NCT) sebagai peneman hatinya buat masa ini, namun tetap mengharapkan Amir tidak membuat keputusan tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.

    Memanglah ada Mark Lee yang temani aku, tapi Abang tolong sangat jangan dulu kahwin. Aku belum cukup kuat.

    Di Indonesia ni tengah musim orang kahwin. Tapi Abang sabar je dulu ya, tenang, santai. Please sangat, mental aku belum bersedia.

    Lebih menghiburkan, peminat itu turut memberitahu bahawa neneknya juga sedang ‘jatuh cinta’ (meminati) dengan Amir.

    Nenek aku pun tengah jatuh cinta sangat dengan Abang. Jadi slow aje ya, abang sabar dulu.

    Sumber: Instagram Amir Ahnaf

    MENARIK:  ‘Elakkan Buat Benda Merepek’ – Nabila Huda Sifatkan Pempengaruh Hina Bidang Seni Kurang Kasih Sayang & Dahaga Perhatian

    The post Peminat Rayu Amir Ahnaf Jangan Cepat Kahwin – ‘Mental Aku Belum Kuat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah