
Pelakon versatil, Nabila Huda memberi respon berhubung isu pempengaruh yang memperlekeh individu-individu yang terlibat dalam bidang media komunikasi serta kesenian.
Jangan merendahkan orang
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi menegaskan bahawa bukan mudah untuk bergelar seorang anak seni malah ada yang sanggup berkorban demi ilmu dan kesungguhan.
Justeru, Nabila menyelar tindakan segelintir pihak yang menghina dan memandang rendah terhadap bidang pekerjaan tersebut.
Memang nampak seronok dan mewah bekerja di dalam industri ini tetapi realitinya 80 peratus berusaha keras untuk menjadi pelakon yang terbaik.
Ada yang sanggup belajar, ibu bapa pula berkorban duit untuk lihat anak-anak berjaya.
Kita sebenarnya tidak boleh menghina pekerjaan orang lain terutama pekerjaan kami.
Nabila berkata demikian ketika ditemui di Pesta Unifi TV yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Sabtu.
Karma wujud

Dalam masa yang sama, aktres berusia 41 tahun itu menyifatkan pempengaruh tersebut sebagai seorang individu yang kekurangan kasih sayang dan dahagakan perhatian.
Pada saya individu ini hanya mahukan perhatian, sebab itu saya tidak komen kerana saya pernah lalui macam-macam dengan perangai manusia yang sebegitu.
Dia sebenarnya mahu mempergunakan kita dalam keadaan kita tak sedar. Jadi bila kita menjawab, dia akan dapat perhatian itu.
Karma itu ada. Mungkin dia cetuskan isu ini kerana kurang kasih sayang tapi janganlah sakiti hati orang lain.
Elakkan buat benda-benda merepek macam ini, kita pula macam nak menjatuhkan bangsa sendiri.
Terdahulu, DMA Islam mencuri perhatian apabila mendakwa jurusan seperti masscomm, teater dan seni tari tradisional sebagai bodoh.
Bukan itu sahaja, DMA Islam turut melabel para pelajar jurusan tersebut sebagai membuang masa kerana hanya mahu berhibur sepanjang pembelajaran.





