34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam Tepis Kenyataan Chazynash Dakwa Fatin Morat Tamak Tuntut Harta Sepencarian Walaupun Dapat Muta’ah – ‘Itu Adalah Hak Bekas Isteri’

    Shopee Sale

    Peguam, Saidah Zakaria tampil menjelaskan bekas isteri tetap berhak menuntut harta sepencarian walaupun telah diberikan muta’ah oleh bekas suami.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terpaksa Tarik Mutaah, Rumah & Kereta’ – Chazynash Dakwa Terganggu Dengan Fitnah, Beri Amaran Pada Bekas Isteri & Individu Terlibat

    Artikel Berkaitan: Chazynash Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah – ‘Saya Ada Bukti Screenshot’

    Tak boleh anggap tamak

    Menerusi perkongsian di Threads, Saidah berkata pemberian muta’ah tidak menafikan hak seorang bekas isteri untuk menuntut harta sepencarian selepas perceraian.

    Hal ini kerana muta’ah dan harta sepencarian merupakan dua hak yang berasingan.

    Muta’ah lain harta sepencarian lain. Walaupun bekas isteri dah dibayar muta’ah, tapi bekas isteri masih berhak ke atas harta sepencarian.

    Tak boleh dianggap sebagai tamak sebab kedua-dua itu adalah hak isteri selepas diceraikan.

    Mengulas lanjut, Saidah berkata persetujuan suami isteri hanya menjadi sah sekiranya direkodkan secara rasmi di Mahkamah.

    Walaupun isteri ada nyatakan dia setuju dengan pemberian muta’ah tu dia takkan tuntut harta sepencarian, tapi kalau persetujuan isteri tu tidak direkodkan di Mahkamah dan kemudian dia failkan tuntutan harta, dia masih layak dan berhak ke atas harta sepencarian. 

    Saidah menjelaskan perkara itu selepas Chazynash mendakwa bekas isterinya, Fatin Morat melanggar perjanjian yang dibuat oleh mereka.

    MENARIK:  Linkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia Bakal Berlangsung September Ini

    Sebelum ini, Chazynash membuat keputusan untuk menarik balik pemberian muta’ah sebanyak RM100,000 terhadap Fatin kerana mendakwa bekas isterinya telah menuntut harta sepencarian.

    Chaznash turut menyifatkan Fatin sebagai seorang tamak kerana dia memilih untuk menuntut harta sepencarian walaupun sudah diberikan pemberian muta’ah.

    Sumber: Threads

    The post Peguam Tepis Kenyataan Chazynash Dakwa Fatin Morat Tamak Tuntut Harta Sepencarian Walaupun Dapat Muta’ah – ‘Itu Adalah Hak Bekas Isteri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah