32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan Pempengaruh Islamik Direman, Shuib Mohon Netizen Doa Yang Baik – ‘Biar Pihak Berwajib Jalankan Kerja’

    Shopee Sale



    Shuib

    Pelawak dan usahawan Shuib menasihati orang ramai agar tidak mengganggu tugas pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pasangan pempengaruh yang ditahan reman berhubung kes salah guna kuasa.

    ‘Doakan yang baik’

    Shuib

    Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sebaliknya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

    Biar pihak berwajib yang jalankan kerja. Kita doa yang baik-baik sahaja.

    Shuib berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

    Bapa kepada empat cahaya mata itu turut memuat naik semula posting sebuah portal berhubung tahanan reman yang dikeluarkan mahkamah kepada pasangan berkenaan.

    Sementara itu, Shuib turut mendoakan segala urusan dua pempengaruh terbabit dipermudahkan.

    Semoga dipermudahkan.

    Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

    MENARIK:  Liyana Jasmay Hasilkan ‘Terluka’ Bukan Untuk AJL – ‘Itu Bukan Gelanggang Saya, Lagu Ini Buat Peminat’

    Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

    Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Sesyen 23 Akta SPRM.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah