33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marzuki sindir geng Reset: ‘Boss, what happened?’

    Shopee Sale

    Bekas pegawai kanan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, hari ini tampil dengan sindiran tajam dipercayai ditujukan kepada geng Reset diketuai bekas orang nombor dua parti itu, Hamzah Zainudin.

    Marzuki Mohamad menyifatkan betapa peranancangan demi peranancangan oleh Hamzah itu masih tidak menjadi kenyataan di sebalik pelbagai harapan yang diuar-uarkan.

    Malah, dakwa Marzuki, berlaku percubaan untuk mengambil-alih sebuah ‘parti hantu’ iaitu parti yang tidak pernah didaftarkan bagi menjadi wadah kumpulan terbabit meneruskan langkah politik mereka.

    “Perancangan geng Reset banyak tak menjadi. Dulu kata ketua geng akan jadi perdana menteri. Ahli geng dah terbayang dapat jadi menteri, timbalan menteri. Tak menjadi.

    “Lepas itu kata tak menjadi sebab kononnya parti yang nak bekerjasama dengan ketua geng tak suka kepada presiden. Entah ya entah tidak.

    “Tapi pengikut semua percaya. Jadi, kena buang presiden dululah. Maka dibuatlah gerakan tolak presiden. Sampai koyak rabak parti.

    “Akhirnya, presiden masih tegak berdiri. Ketua geng yang terpelanting,” katanya dalam hantara di Facebook.

    Difahamkan bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri itu berkata demikian sebagai mengulas hala tuju Hamzah yang sehingga kini belum menampakkan seberang perkembangan positif.

    Dakwa mahu kuasai PN

    Semalam PN menamakan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pembangkang – jawatan yang sebelum ini disandang oleh Hamzah.

    Ahli Parlimen Larut itu juga disebut-sebut sebelum ini bakal mengambil alih sebuah parti untuk dijenamakan semula selepas dia dipecat Bersatu. Difahamkan parti tersebut akan disokong bukan saja oleh bekas pemimpin Bersatu malah orang ramai.

    MENARIK:  Kula janji terus berjuang untuk Indira, Zaid kata 'kita dah kalah'

    Mengulas hal itu, Marzuki berkata geng Reset memang dilihat mahu menubuhkan ‘rumah baru’ melalui pengambilalihan parti yang sedia ada.

    Namun dakwanya parti tersebut belum berdaftarkan secara sah dan ia menyebabkan penyokong Hamzah berasa kecewa.

    “Hebat dia punya operator. Ambil alih parti yang tak wujud. Parti hantu. Pengikut dah mula kecewa,” katanya.

    Ahli akademik itu juga mendakwa kumpulan Hamzah mempunyai rancangan ‘menyeludup’ menyertai PN melalui parti lain yang membuat permohonan menyertai gabungan pembangkang tersebut.

    Malah dia mendakwa kumpulan Hamzah mahu menguasai PN selepas itu.

    Sekali lagi, dakwa Marzuki, rancangan berkenaan tidak menjadi apabila Majlis Tertinggi PN membuat keputusan tiada parti lain yang diterima menjadi komponen terbaru mereka.

    Jem, langgar dinding lagi,” sindirnya.

    Dalam keadaan begitu, kata Marzuki, sepatutnya pengikut dan penyokong kumpulan Reset sudah boleh membuat tindakan lanjut kerana dikecewakan beberapa kali.

    “Kalau saya pengikut Reset saya akan tanya ketua geng: ‘boss, what happened?’

    “Kalau bos tak boleh jawab dengan meyakinkan saya akan angkat kaki. Buat apa saya tunggu lagi,” katanya.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada Hamzah atau penyokongnya mengenai dakwaan dibuat Marzuki.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah