31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cinta Hati Puteri Gunung Ledang Ditemui, Aqasha Diumum Sebagai Hang Tuah

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Aqasha diumumkan sebagai pemegang watak Hang Tuah bagi pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical, sekali gus melengkapkan barisan pelakon utama karya epik tersebut.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’

    Hang Tuah

    Pengumuman rasmi itu dikongsikan oleh pihak produksi menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad lantas mencuri perhatian peminat seni teater tempatan.

    Pemilihan Aqasha untuk menggalas karakter pahlawan legenda Melayu itu mengundang keterujaan ramai, apatah lagi watak Hang Tuah merupakan antara karakter paling ikonik dalam pementasan berkenaan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain mengakui tidak sabar untuk melihat penampilan Aqasha di atas pentas.

    MENARIK:  [VIDEO] Syatilla Melvin Tak Cukup Baki Bayar Tol, Wanita Tampil Bantu Bukakan Palang – ‘Aku Doakan Dia Dimurahkan Rezeki’

    Malah, ada yang menyifatkan aktor tersebut sebagai pilihan tepat kerana memiliki aura dan karisma tersendiri untuk membawa watak seorang pendekar hebat.

    Terdahulu, penyanyi Aisha Retno dan Mila Mohsin diumumkan sebagai pelakon yang bakal menghidupkan watak Puteri Gunung Ledang.

    Selain itu, Mimi Fly dan Nadiah Aqilah turut dipilih membawakan karakter Bayan.

    Sementara itu, Luqman Hafidz akan memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim pula membawa karakter Gusti Adipati.

    Sumber: Instagram

    The post Cinta Hati Puteri Gunung Ledang Ditemui, Aqasha Diumum Sebagai Hang Tuah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah