27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liyana Jasmay Hasilkan ‘Terluka’ Bukan Untuk AJL – ‘Itu Bukan Gelanggang Saya, Lagu Ini Buat Peminat’

    Shopee Sale

    Setiap kali muncul dengan karya baharu, penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay tidak pernah menjadikan pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai sasaran utama.

    Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Terima Teguran PU Syed Dengan Hati Terbuka – ‘Yang Berkata Buruk Saya Maafkan’

    ‘Bukan gelanggang saya’

    Liyana, 38, berkata, dia berkarya untuk memenuhi kerinduan para peminat dan juga dirinya sendiri.

    Saya tidak pernah terfikir untuk ke AJL kerana itu bukan gelanggang saya dan bukan sesuatu yang saya inginkan.

    Saya keluarkan lagu hanya untuk peminat, lebih kepada mengubat rindu antara saya dan mereka.

    Liyana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Terluka yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Mengulas mengenai Terluka, Liyana mengakui proses pembikinan single itu mengambil masa hampir setahun, termasuk beberapa kali mengulang rakaman kerana tidak berpuas hati dengan hasil awal.

    Proses menyiapkan lagu ini mengambil masa panjang, penuh cabaran. Dah siap rakam, saya rasa tak puas hati, jadi rakam semula.

    Selepas itu masuk pula fasa promosi, tapi tertangguh kerana saya sibuk dengan penggambaran. Alhamdulillah, sekarang baru dapat waktu yang sesuai untuk keluarkannya.

    Tambah Liyana, dia hanya berharap karya itu diterima baik dan dapat menyentuh hati pendengar.

    Saya harap yang terbaik. Bila orang dengar, mereka dapat rasa kejujuran dalam lagu ini.

    The post Liyana Jasmay Hasilkan ‘Terluka’ Bukan Untuk AJL – ‘Itu Bukan Gelanggang Saya, Lagu Ini Buat Peminat’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Ika Nabella Kecewa Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif - Ingatkan Diri Sendiri Sebelum Menilai

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah