27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Orang Dulu Percaya Wanita Perlu Angkat Kaki Selepas Bersama Suami.. Mitos Atau Betul?

    Shopee Sale

    Kadang-kadang, bermacam teknik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk cepat hamil termasuk posisi semasa hubungan seks atau mengangkat kaki selepas bersetubuh.

    Artikel Berkaitan: ‘Pada Usia 18 Tahun Saya Hilang Dara, Cikgu Lelaki Tu Dah Kahwin & Ada Anak 3 Orang’

    Artikel Berkaitan: Cikgu Berstatus Isteri Orang Ditangkap Berbogel, Rupanya Kantoi Buat ‘Projek’ Dengan Pelajar Dalam Kereta

    Boleh hamil ke kalau angkat kaki selepas seks?

    Orang dulu percaya wanita perlu angkat kaki selepas bersama suami supaya air mani tidak meleleh keluar dari faraj.

    Mereka beranggapan jika air mani keluar semula, sperma tidak sempat berenang ke dalam rahim untuk bertemu telur.

    Pun begitu, pakar kesuburan, Dr. Mohamed Iqbal Cassim menjelaskan air mani yang keluar sedikit selepas hubungan seks adalah perkara biasa. Ia juga menunjukkan jumlah air mani yang masuk sudah mencukupi.

    Kalau nak tahu, tiada kajian saintifik yang membuktikan dengan mengangkat kaki ia dapat meningkatkan peluang kehamilan.

    Namun, apa yang disarankan oleh doktor adalah baring selama kira-kira 15 minit selepas bersetubuh.

    MENARIK:  Ali Puteh Mahu Bantu Suami Isteri Dijel 28 Hari, Gara-Gara Mencuri Untuk Biayai Kos Dialisis Ibu – ‘Boleh Saya Bayarkan Denda RM3k?’

    Langkah ini memberi sperma lebih masa untuk bergerak ke arah yang betul dan meningkatkan peluang persenyawaan.

    Petua hamil

    Akan tetapi, ada petua lain yang boleh diamalkan sekiranya mahu hamil atau menambah anak antaranya melakukan pemeriksaan kesuburan secara berkala.

    Tanyakan kepada doktor vitamin pranatal yang boleh diambil seperti asid folik yang sangat membantu perkembangan janin semasa peringkat awal kehamilan.

    Seterusnya, mengambil tahu kitaran menstruasi supaya membolehkan untuk merancang masa melakukan hubungan seks di waktu sedang subur.

    Dalam masa yang sama, mengambil tahu waktu ovulasi setiap kali kitaran haid. Waktu ovulasi adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks agar mudah hamil. 

    Yang terakhir adalah menjalani kehidupan yang sihat untuk mudah hamil dan menghentikan tabiat yang tidak sihat seperti hisap rokok, minum alkohol dan menjauhkan diri daripada stres.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Orang Dulu Percaya Wanita Perlu Angkat Kaki Selepas Bersama Suami.. Mitos Atau Betul? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah