26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ali Puteh Mahu Bantu Suami Isteri Dijel 28 Hari, Gara-Gara Mencuri Untuk Biayai Kos Dialisis Ibu – ‘Boleh Saya Bayarkan Denda RM3k?’

    Shopee Sale



    Pelawak Ali Puteh mencuri perhatian apabila ingin menghulurkan bantuan buat sepasang suami isteri yang didapati bersalah kerana mencuri.

    Untuk kos rawatan ibu

    Foto: Kosmo

    Menerusi hantaran yang dimuat naik MalaysiaGazette, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nor Azam Bakar dan Noor Azura Rosslan didapati bersalah kerana mencuri 24 peket Milo dan Nescafe di beberapa pasar raya sebelum dijual kepada orang lain.

    Difahamkan, motif pasangan suami isteri itu berbuat demikian adalah untuk mencari wang bagi menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam.

    Mereka yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kemudiannya dijatuhi hukuman dijel selama 28 hari dan denda sebanyak RM3,000.

    Ali Puteh mahu bantu

    Hukuman yang dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu telah meraih perhatian pelawak terkenal, Ali Puteh yang berhasrat mahu meringankan beban dengan memberikan bantuan kepada mereka.

    Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia yang mempunyai pengalaman menjaga arwah ibunya, Sabariah Arshad mengakui rawatan dialisis memerlukan wang yang banyak untuk digunakan.

    Jika diizinkan denda RM3000 itu boleh tak saya bayarkan untuk abang dan kakak ini?

    Sebab saya juga pernah merasa jaga arwah mak saya dialisis dan memang perlukan duit yang banyak.

    Izinkan saya bantu abang dan kakak ini.

    Selain Ali, rata-rata netizen turut menyatakan hasrat mereka mahu membantu membayar denda buat pasangan suami isteri tersebut dan berharap agar segala urusan mereka dipermudah.

    MENARIK:  [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah