Perkongsian terbaharu usahawan, Noor Nabila mengenai anaknya, Jebat Jayden menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Selesa Layan Jayden Seperti Orang Dewasa – ‘Dia Pun Seorang Yang Spontan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beza 10 Tahun Dengan Ameer, Noor Nabila Anggap Umur Tak Patut Dijadikan Ukuran – ‘Kematangan Lebih Penting’
Baca surah
Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila, 41, memuat naik video memaparkan Jayden sedang membaca surah Quraisy dan Al-Fil.
Kata Nabila, Jayden dilihat seakan-akan mengejar sepupunya, Bilal yang sebelum ini didakwa telah menghafaz beberapa surah.
Apa yang lebih menarik perhatian, Jayden membaca surah itu dengan lancar selain mampu mengalunkannya dengan penuh yakin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Jayden kerana mampu membaca surah itu dengan makhraj yang tepat dengan ketepatan melebihi 90 peratus.
Tidak hanya itu, netizen turut memuji bacaan tajwidnya yang baik selain berharap kanak-kanak itu dapat terus mendalami ilmu agama dan menghafaz lebih banyak surah.
Netizen puji

Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Noor Nabila Kongsi Jayden Hafaz Surah, Netizen Puji – ‘Ada Tajwid, Makhrajnya 94 Peratus Tepat’ first appeared on OHBULAN!.





