28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mila Jirin: Waktunya Bella Memikirkan Diri Sendiri dan Mencari Kebahagiaan Sejati

    Shopee Sale



    Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa kesal dan simpati dengan kejadian yang menimpa rumah tangga pelakon, Bella Astillah.

    ‘Bella, awak wanita hebat’

    Menerusi hantaran di Instagram, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin menyifatkan Bella seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut.

    Selain itu, Mila berpendapat kini sudah tiba masanya Bella mencari kebahagiaan buat dirinya sendiri.

    Aku tak boleh brain dengan lelaki macam ni! Bella ni punya lah baik. Aku ingat lagi, waktu PKP Bella banyak aku review Nasi Arab Bizmilla.

    Lemah lembut orangnya dan sangat tak berkira. Bella, awak wanita hebat. Dah sampai masa awak fikirkan diri awak dan cari kebahagian yang hakiki.

    Akak yakin Bella, Allah beri ujian ini pasti ada hikmah yang besar buat Bella dan anak anak. #StayStrongBella #WeSupportBELLA.

    Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadam oleh Mila.

    MENARIK:  ‘Saya Cuba Untuk Dapatkan Texture, Lighting & Reflection Yang Paling Dekat Dengan Model Kereta Sebenar’ – Sofyank

    Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

    Perkongsian di IG Mila

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah