28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Sakit Mata Tengok Makan Bayam, Atikah Suhaime Bersuara – ‘Sebab Itu Saya Malas Dah Nak Buat Mukbang’

    Shopee Sale



    Pelakon Atikah Suhaime tampil bersuara apabila difahamkan menerima pelbagai reaksi negatif yang melihatnya mengambil sayur bayam sebagai salah satu lauk berpantang.

    Bayam tak salah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, sayur bayam tidak menyebabkan apa-apa masalah, malah, membantu dalam memperbanyakkan susu badan.

    Kenapa orang Malaysia tak suka bayam? Sejuk sejuk sejuk.

    Makan nasi kandar, nasi lemak, goreng-goreng dan berminyak semua itu tak sejuk pulak.

    Bayam sangat sihat. Bila nampak bayam saja, sejuk.

    Bayam bagus, tambah susu.

    Dalam pada itu, Atikah akui komen-komen sebegitu membuat dirinya tidak bersemangat untuk berkongsi konten ‘mukbang’ di akaun rasminya.

    Tak mahu dilayan seperti princess

    " data-video-id="7486629176846437640">
    @atikahsuhaimeeee As requested, Mukbang pantang untuk you all ??. Alhamdullilah semua masakkan disediakan CL tika based on apa yg badan tika boleh Terima ?? #fyp #postpartumjourney #newmummy #confinementfood #mukbang #siakapsteam @cassiaconfinementcare ? Terus Berjuang – Jemari Besi
    MENARIK:  [VIDEO] ‘Perlu Ke Beritahu Satu Malaysia Bila Buat Sumbangan?’ – Madammu Jawab Soalan Netizen Kenapa Tak Turun Lokasi Banjir

    Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada Lyla Mulan Teh itu memaklumkan bahawa dia mengambil ‘Confinement Lady’ atau CL hanya untuk 28 hari.

    Tambahnya, dia tidak tahan dilayan seperti ‘princess’ yang tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa aktiviti.

    Saya ambil 28 hari saja.

    Saya nak keluar rumah, tak sanggup dilayan seperti princess lama-lama.

    Mungkin orang dengar macam seronok tapi hakikatnya bosan.

    Semua benda tak boleh, jadinya, saya kena rehat sampai bosan.

    Korang sanggup ke? Tak buat apa-apa.

    Pada akhir perkongsian, Atikah bersyukur dijaga dengan baik dan rapi oleh ‘CL’ sehingga tubuh badannya berjaya kembali ke saiz Medium (M).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah