33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Seorang Sahaja Yang Pernah Panggil Saya Sombong Iaitu Arwah Saleem’ – Fareez Fauzi

    Shopee Sale

    Rentetan trend segelintir selebriti dilabel bersikap sombong, penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menilai seseorang hanya berdasarkan pertemuan singkat.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bukan Kerana Saya, Lagu Kamu, Lemah & Nurcinta Takkan Ke Final AJL40’

    ‘Bukan sombong, tapi introvert’

    Fareez, 29, berkata, tanggapan tersebut sering kali timbul akibat salah faham terhadap personaliti sebenar seseorang individu.

    Saya berpandangan, ada segelintir artis yang bukan sombong, sebaliknya mungkin bersifat introvert. Netizen tidak boleh terlalu cepat menghakimi tanpa mengenali mereka secara dekat.

    Saya sendiri, jika berada di luar, memang akan senyum kepada sesiapa sahaja. Cuma ada ketika saya tidak nampak kerana rabun jauh.

    Mungkin ada juga artis lain yang melalui situasi sama, bukan sombong tetapi tidak perasan kehadiran orang di sekeliling.

    Fareez berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka JessC yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.

    Tambah juara Mentor Milenia 2016 itu, dalam era media sosial masa kini, masyarakat dilihat semakin gemar mengambil tahu hal peribadi orang lain sehingga ada kalanya melangkaui batas.

    Zaman sekarang, ramai yang suka ambil kisah tentang kehidupan orang lain. Bagi saya secara peribadi, netizen boleh sahaja bercakap tentang saya, tetapi jangan sentuh keluarga. Itu sudah melampau.

    Sepanjang saya bergelar artis, tidak pernah peminat mengatakan saya sombong. Cuma pernah sekali, seorang sahaja peernah panggil saya sombong iaitu arwah Saleem. Hakikatnya ketika itu memang saya tidak nampak.

    Dalam perkembangan lain, Fareez memaklumkan bahawa fokus utamanya ketika ini lebih tertumpu kepada bidang lakonan, namun kerjaya nyanyian tetap diteruskan.

    Fokus saya sekarang adalah lakonan, tetapi nyanyian tetap menjadi minat dan saya akan teruskan. Insya-Allah, ada sebuah filem baharu yang akan ditayangkan tahun ini, mengangkat tema buli.

    Untuk nyanyian, saya masih menerima undangan membuat persembahan, cuma tidak sekerap dahulu kerana komitmen terhadap lakonan.

    The post ‘Seorang Sahaja Yang Pernah Panggil Saya Sombong Iaitu Arwah Saleem’ – Fareez Fauzi first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Aisha Retno Teruja Dapat Hasilkan Lagu Raya Untuk Biduanita Negara – ‘Melayang Dengar Suara Tok Ti’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah