29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah

    Shopee Sale

    Pelakon dan personaliti, Norreen Iman memilih untuk mengunci mulut tentang status rumah tangganya bersama suami, Raizi Razak yang dilihat hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai pada hari ini.

    Artikel Berkaitan: Norreen Iman Gusar Jemaah Umrah Terkandas, Luah Hasrat Ingin Hulur Bantuan – ‘Kalau Simpanan Mereka Sudah Berkurang ..’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Pelakon Berbadan Besar Hanya Melawak & Memenuhi Ruang Sesebuah Karya Sahaja’ – Norreen Iman

    Norreen Iman hanya tersenyum

    Ketika ditemui Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 32, memilih untuk memberikan jawapan ringkas dan hanya mampu memaparkan senyuman kepada para media.

    Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini.

    Prosiding itu berlangsung di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

    MENARIK:  Video: Aliff Syukri Marah Banglo Mewahnya Dibandingkan dengan Kedai Tom Yam - 'Jangan Lupa Surat Saman'

    Pengesahan lafaz cerai itu dipercayai difailkan oleh Norreen pada bulan ini.

    Difahamkan, pasangan itu hadir tanpa ditemani peguam syarie.

    Pada tahun 2025, Noreen menyorot perhatian apabila dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

    Bagaimanapun, Noreen menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak.

    Kata Noreen, dia kini lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang keuargaya di media sosial.

    Untuk rekod, Noreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    The post [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah