Pelakon Sharifah Sakinah, menjawab dakwaan segelintir warganet tentang minuman keras yang dilihat mereka menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Akhirnya Tayang Wajah Suami
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Sudah Bernikah Kali Ketiga, Enggan Dedah Identiti Suami
Minuman keras?
Menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar itu memberi respon terhadap dakwaan berhubung isu tersebut.
Kalau kita nak buat jahat, tak perlu buat secara terang-terangan.
Kalau mereka fikir itu adalah arak, ikutlah. Kalau nak husnudzon, husnudzon lah..saya serahkan segalanya kepada mereka.
Menurut aktres berusia 36 tahun itu, setiap manusia tidak sepatutnya menghukum seseorang berdasarkan luarannya.
Tetapi kita tidak akan pernah boleh untuk tutup mulut netizen.
Saya tidak pernah balas (komen netizen). Kalau balas dan mengatakan tidak nanti ada pula yang akan kata..’betullah yang itu adalah arak’.
Tolonglah berkata baik, kita tak boleh nilai pakaian seseorang dan walaupun kehidupan dia seperti ke arah barat.
Kita kena hormati budaya. Bila berada di Malaysia kita kena jadi orang Malaysia, begitu juga bila di sana. Tetapi nasioalisme sebagai orang Melayu itu tetap tinggii.
Jodoh Sakinah

Dalam pada itu, Sakinah mengakui bahawa dia kini berada di dalam fasa bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya.
Saya gembira tetapi saya takkan cakap dia yang terbaik untuk saya sebab yang terbaik untuk saya adalah diri saya sendiri.
Saya masih lagi memanggil diri saya sebagai ibu tunggal. Anak saya pun tidak memanggilnya dengan panggilan bapa, kami perlu tahu batas masing-masing.
Pelakon drama Curang Tanpa Niat tersebut berkata, dia dan suami mempunyai fokus dalam kehidupan serta kerjaya masing-masing namun tetap memberikan komitmen terhadap rumah tangga mereka.
Seperti biasa saya masih lagi aktif berlakon.
Walaupun hubungan kami jarak jauh namun kami berdua ada visi dan misi masing-masing. Tetapi kami kena berkorban.
Bila berlakon saya akan duduk di sini dan fokus seratus peratus..dia pun ada banyak kerja.
Sebab itu kami tak ada masalah untuk percaya antara satu sama lain. Alhamdulillah ini adalah jodoh.
Terdahulu, Sakinah pernah mendedahkan bahawa dia telah kembali berumah tangga, namun memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai identiti dan butiran perkahwinannya itu.
Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, yang kini berusia 8 tahun.
Selepas itu, Sakinah kembali bertemu jodoh dengan lelaki warga Sweden, Michael Hansen pada 2021, namun hubungan itu juga berakhir dengan perceraian selepas dua tahun.
Sumber: Melodi
The post Netizen Dakwa Nampak Minuman Keras Dalam Video, Ini Respon Sharifah Sakinah first appeared on OHBULAN!.





