25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nas Ahmad Menerima Anugerah Ikon Melodi dengan Ikhlas

    Shopee Sale



    Bekas wartawan hiburan iaitu Nas Ahmad meluahkan rasa syukur sebaik sahaja menerima anugerah Ikon Melodi sempena program hari raya rancangan tersebut, baru-baru ini.

    Buat kerja kena ikhlas

    Menurut Nas atau nama sebenarnya, Md Nasir Ahmad, manusia akan berasa kecewa jika kita bekerja untuk mengharapkan anugerah atau penghargaan berkenaan.

    Saya amalkan buat apapun dalam kerjaya kena ikhlas dan bukan untuk orang sanjung atau harapkan anugerah. Bila bekerja kita hanya buat yang terbaik dan beri kepuasan pada diri dan majikan.

    Siapa yang nak beri anugerah pada kita itu semuanya soal rezeki dari Allah S.W.T dan kita cuma usaha sahaja.

    Berbicara mengenai anugerah tersebut, Nas meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana menerima anugerah Ikon Melodi selepas lebih dua dekad mengendalikan program hiburan berkenaan.

    Saya sendiri tak sangka bermula dari peminat setia Melodi, akhirnya sejarah terukir bila saya sendiri diangkat sebagai Ikon Melodi selepas artis Ogy Ahmad Daud.

    Saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TV3, Pengurus Penerbitan, Jamil hassan dan Penerbit Melodi, Michelle Wee atas penghargaan diberikan ini.

    Tambah Nas, dia adalah peminat setia program hiburan itu sejak siri pertamanya dulu.

    Saya tidak pernah ketinggalan menonton setiap episod Melodi dalam tempoh empat hingga ke lima tahun. Kekuatan Melodi ketika itu bergantung kepada hosnya iaitu Ogy yang juga Ikon Melodi. Semua nak tengok Melodi kerana keletahnya yang selamba setiap minggu.

    Mimpi menjadi kenyataan bila saya ditawarkan oleh Pengurus Hiburan TV3, Nik Ramzi Nik Hassan pada waktu itu untuk menyertai pasukan Melodi.

    Kata Nas lagi, dia menukar tarikan utama Melodi dari hos kepada content (kandungan) selepas 10 tahun berkhidmat dengan stesen TV3 dan memegang jawatan Penerbit Melodi ketika itu.

    Pasangan hos ketika itu, Ogy dan Apek Senario sudah tamat kontrak dan tak nak sambung. Team bos Azhar Borhan, Saniboey dan Jamil juga mengeluarkan arahan dan kongsi idea untuk menaikkan semula Melodi.

    Bermulalah, program Melodi yang tampil sensasi, panas, yang terjah dan dicampur dengan liputan berita hiburan semasa. Selaku penerbit, saya juga kawal dari segi sensasi dengan pastikan ia tetap mengikut etika kewartawanan dan penyiaran. Kalau nak terjah untuk berita sensasi pun pastikan mengikut etika kewartawanan dan akan kekal selamat.

    MENARIK:  [VIDEO] Ibu Tunggal & Anak Cekal Berniaga Burger Selepas Kematian Suami – ‘Kalau Cuti, Adik-Adik Nak Sekolah Ada Duit Ke?’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah