28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Naib Juara AF4, Lotter Meninggal Dunia

    Shopee Sale

    Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Lotter.

    ‘Tiada sudah Lotter’

    Memetik laporan Berita Harian, Lotter atau nama lengkapnya Lotter P Edwin Edin menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di Hospital Queen Elizabeth pada Sabtu akibat penyakit tiroid.

    Berita pemergian itu disahkan oleh penyanyi Sabah iaitu Maldini.

    Tiada sudah Lotter, artis kesayangan kita.

    Menurut sumber terdekat, Lotter dikenali sebagai seorang yang periang dan bersemangat.

    Dia tetap aktif dan positif seperti biasa, sebab itu ramai terkejut bila dapat tahu dia sudah tiada.

    Difahamkan, Lotter merahsiakan keadaan kesihatannya daripada ramai pihak. 

    MENARIK:  Borong Barang Murah Gila! TikTok Shop 10.10 Super Sale Ada Free Shipping + Vouchers RM500 Tau!

    Penyanyi itu dikhabarkan sudah bertunang dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat sebelum disahkan meninggal dunia.

    Untuk rekod, Lotter menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada tahun 2006 ketika berusia 25 tahun. 

    Penyanyi berasal  dari Membakut, Sabah itu menamatkan saingan sebagai naib juara, manakala tempat pertama dimenangi oleh Faizal Ramly dari Marang, Terengganu.

    Sumber: Berita Harian

    The post Naib Juara AF4, Lotter Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah