29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muaz Zabir Suka Budak-Budak, Dedah Terima Banyak DM Daripada Ibu Tunggal – ‘Yang Berpangkat Nenek Pun Ada’

    Shopee Sale



    Pelakon meningkat naik, Muaz Zabir mengakui suka melayan kanak-kanak kerana memberi keceriaan di dalam hidupnya.

    Suka budak-budak

    Ketika ditemui , Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir mendedahkan menerima banyak mesej daripada golongan ibu tunggal.

    Ramai yang DM saya termasuk ibu tunggal malah yang berpangkat nenek pun ada, macam-macam jenis manusia.

    Menurut Muaz, sifat kasih terhadap mereka dipupuk sejak dari kecil lagi terutama selepas ibunya mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

    Ibu saya dahulu mengasuh anak-anak kecil di rumah. Sejak dari itu, saya sudah terbiasa mesra dengan mereka.

    Saya tinggal di flat, jadi tempat itu menjadi riuh dengan suara anak-anak.

    Sebab itu saya sangat sukakan mereka termasuk anak-anak buah saya yang pulang ke kampung.

    Muaz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Height pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Naqiu Dedah 4 Kali Pujuk Joey Daud Sertai FD4 – ‘Bila Mereka Panggil Dia Sebagai Pelawak Saya Terluka, Sebab Dia Penyanyi Yang Bagus’

    Hubungan dengan Bella

    Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun tersebut menegaskan bahawa dia masih menjalinkan hubungan baik dengan pelakon Bella Astillah meskipun mereka berdepan dengan kontoversi sebelum ini.

    Kami berkawan dan tak ada masalah untuk bekerjasama malah tak pernah bermusuhan. Alhamdulillah.

    Saya datang ke rumah terbuka Bella dan dijemput bersama rakan-rakan lain. Tak ada sebarang niat untuk viralkan (video bersama anak-anak Bella) dan yang post video itu pun orang lain.

    Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon drama Keluarga Itu mesra bersama cahaya mata aktres tersebut ketika menghadari majlis rumah terbuka.

    Tindakan Muaz itu juga meraih pujian warganet yang menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang penyayang terhadap kanak-kanak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah