Pendakwah bebas, PU Amin tampil menegur seorang individu yang bertanya tentang perihal hubungan intim suami isteri kepada orang awam selepas videonya tular baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Support Geng Merayu Gift Di TikTok Guna Cara Agama’ – PU Amin
Artikel Berkaitan: PU Amin Berang Kenyataan Pereka Fesyen Sentuh Isu Mahram Aktivis GSF – ‘Mana Hati Perut Kau? Tak Ada Permohonan Maaf’
Jangan buka aib
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim menegaskan bahawa perbuatan menceritakan hal intim antara suami isteri dianggap sebagai aib dan tidak wajar dikongsikan kepada umum.
Walaupun awak sensor muka dia, tapi kawan-kawan dan saudara-mara kenal dia.
Benda-benda yang berkaitan dengan rumah tangga ini aib, mana boleh cerita.
Menurut Amin, Rasulullah SAW turut melarang perbuatan tersebut dan jika melakukannya, mereka akan menerima balasan buruk pada hari kiamat.
Nabi SAW beritahu, seburuk-buruk manusia di hari kiamat adalah manusia yang menceritakan hal bersama dengan isteri atau suami di khalayak awam.
Takkan kita nak jadi manusia paling buruk pada hari kiamat nanti?
Justeru, Amin menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan ‘hal dalam kain’ mereka dan rujuk pihak yang betul jika mempunyai sebarang persoalan atau masalah.
Rupanya banyak video yang dia tanya. Takkan sebab kita berniaga ‘ubat kuat’ sanggup kita gadai maruah kita.
Kalau orang tanya tentang hal rumah tangga, jangan beritahu.
Tahniah untuk wanita itu kerana tak jawab soalan.
Kalau nak dapatkan nasihat dan rawatan, pergi ke tempat yang betul. Bukan terjah orang macam itu.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] PU Amin Tegur Individu Selamba Tanya Orang Awam Tentang Hubungan Intim Suami Isteri – ‘Aib, Mana Boleh Cerita’ first appeared on OHBULAN!.





