29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Model Sambilan Tikam Teman Lelaki Hingga Menyebabkan Kematian Kerana Curang

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang jurugambar maut dipercayai ditikam oleh teman wanitanya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, pada Isnin.

    Tikam teman lelaki

    Sekadar gambar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, pihaknya menerima laporan daripada doktor di Hospital Cyberjaya yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Difahamkan, pengadu telah membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam masa 30 minit tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa, 26. Terdapat kesan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri mangsa dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.

    Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah membuat tangkapan terhadap teman wanita mangsa di kawasan hospital.

    Hasil semakan, wanita berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

    Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya.

    Wanita berkenaan direman enam hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Dakwa Bekas Suami Sudah Dua Minggu Larikan Anak Autisme, Mohon Bantuan Orang Ramai – ‘Dia Menaiki Hilux Kelabu’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah