Penyanyi, Nourul Depp memilih untuk tidak lagi mengulas mengenai perkara sensitif yang membabitkan anak sulungnya, Ayu Nazirah.
Artikel Berkaitan: Nourul Depp ‘Backup’ Sajat, Akui Tak Pernah Burukkan Malaysia – ‘Jauh Sekali, Sayang Lagi Ada Lah’
Artikel Berkaitan: ‘Jika Datang Rumah Saya Berniat Jahat, Akan Berlaku Sesuatu’ – Nourul Depp Dedah Kediaman Di Bali Ada ‘Penjaga’
Berharap bertemu kembali

Menerusi podcast Inspirasi Nona, Nourul, 49, berkata, dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi bercakap mengenai isu tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Berkenaan anak sulung, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak bercakap bahagian yang sensitif. Sebab keadaan sekarang sangat sensitif, saya tidak mahu sentuh lagi.
Dia seorang anak yang bijak dan pintar. Dia belajar agama, khatam al-Quran dan sebagainya. Saya percaya dirinya telah diisi dengan pengetahuan agama yang banyak. Dia tahu salah silapnya, saya sudah berikan yang terbaik.
Ada sesetengah yang disampaikan di telinga anak saya adalah yang tidak baik. Disebabkan pengalaman yang lepas, saya ambil keputusan untuk tidak bercakap lagi fasal isu sensitif.
Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, dia percaya anaknya memilih jalan yang terbaik buat dirinya dan berharap segala yang berlaku akan membawa kebaikan.
Nourul juga berharap hubungannya dengan Ayu dapat kembali pulih dan mereka diberi peluang untuk bertemu semula.
Dia juga sudah tutup semua akaun media sosialnya kerana dia sedikit terganggu. Saya percaya dengan kuasa Allah. Saya juga percaya anak sulung saya ini sedang atur perjalanan yang terbaik untuk hidupnya.
Saya percaya dia sedang diuji untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma saya berharap dia kembali kepada saya sewaktu saya masih hidup.
Terdahulu, hubungan Nourul dan Ayu didakwa menjadi renggang sejak beberapa tahun lalu susulan beberapa isu kekeluargaan.
Untuk rekod, Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul bersama komposer dan penyanyi, Ajai. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.
Sumber: TikTok
The post ‘Untuk Anak Sulung, Berharap Dia Kembali Sewaktu Saya Masih Hidup’ – Nourul Depp first appeared on OHBULAN!.





