29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Babah Tak Banyak Cakap, Tapi Bila Air Mata Jatuh Selepas Akad..Dia Hulurkan Kain’ – Anak Fauzi Nawawi

    Shopee Sale

    Coretan ringkas yang ditulis anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Muhammad Fikri Hakimi telah menyorot perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: Fauzi Nawawi Pernah Beraya Tiga Hari Di Hospital, Terkejut Kehilangan Abang Tersayang

    Artikel Berkaitan: ‘Pelakon Baharu Dibayar Mahal Tapi Tak Komited’ – Fauzi Nawawi

    Coretan anak

    Menerusi perkongsian di TikTok, Fikri memuat naik foto semasa majlis perkahwinannya yang berlangsung pada 23 Mei lalu.

    Di dalam foto tersebut turut kelihatan Fauzi sedang duduk bersebelahan dengan Fikri yang sebak selepas melafazkan akad nikah.

    Menurut Fikri, dia menyifatkan bapanya sebagai seorang figura yang penuh dengan kasih sayang meskipun mereka tidak sering berbual.

    Babah tak banyak bercakap. Tapi bila air mata aku jatuh lepas akad, dia hulurkan kain.

    Kadang-kadang kasih sayang seorang ayah bukan pada kata-kata, tapi pada perkara kecil yang membuat kita faham dia sentiasa ada, walaupun sedang belajar melepaskan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen antara bapa dan anak itu.

    MENARIK:  Pernah Dianggap Beban, Daiyan Trisha Tak Putus Semangat & Berhasil Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Dengan Usaha Sendiri

    Dalam masa yang sama, mereka juga mengucapkan tahniah kepada Fikri di atas perkahwinannya.

    Sekadar info, hasil perkahwinan terdahulu Fauzi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurul Hainil Fatihah, Hanna Faresha, Mohd Fikri Hakimi dan Muhammad Fareez Hazwan.

    Fauzi kemudian mendirikan rumah tangga bersama aktres, Lisdawati pada 9 September 2007 dan memiliki empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Babah Tak Banyak Cakap, Tapi Bila Air Mata Jatuh Selepas Akad..Dia Hulurkan Kain’ – Anak Fauzi Nawawi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah