29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar umum senarai penuh calon PH malam ini

    Shopee Sale

    Pengerusi PH Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan senarai penuh 56 calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada malam ini.

    Majlis pengumuman itu dijadual berlangsung pada jam 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, sekali gus melengkapkan keseluruhan senarai calon PH yang akan bertanding pada PRN berkenaan.

    Barisan kepimpinan tertinggi PH, antaranya Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dijadual hadir pada majlis itu bersama jentera serta penyokong gabungan berkenaan.

    Setakat ini, DAP sudah mengumumkan lima calon iaitu peguam Chu Poh Yee untuk kerusi Mengkibol; Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kewangan Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Ketua Pemuda DAP Johor, Lee Wern Yiing (Johor Jaya); bekas penyandang Wong Bor Yang (Senai); serta pembantu khas Ahli Parlimen Kulai Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai).

    MENARIK:  MCA 'tak sabar' tunggu hasil siasatan kes ancaman bunuh Teresa

    PKR pula sudah mengumumkan Arthur Chiong Sen Sern yang akan mempertahankan kerusi Bukit Batu.

    Menerusi hantaran di media sosial semalam, Anwar berkata Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja keras demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah