30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Dakwa Bekas Suami Sudah Dua Minggu Larikan Anak Autisme, Mohon Bantuan Orang Ramai – ‘Dia Menaiki Hilux Kelabu’

    Shopee Sale

    Seorang wanita bernama Husnul mendakwa anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap autisme telah dibawa lari oleh bekas suami sejak 27 Ogos lalu.

    Artikel Berkaitan: Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Berkomplot Dengan Pembantu Rumah Bawa Lari Anak?

    Bawa lari anak

    Menerusi perkongsian di TikTok, Husnul berkata, dia sudah membuat laporan polis dan melakukan hebahan di media sosial termasuk dalam kumpulan WhatsApp, namun masih gagal menemui anaknya.

    Husnul menjelaskan, mahkamah telah menetapkan dia menerima hak jagaan interim terhadap anak manakala bekas suami hanya mempunyai hak lawatan.

    Tujuan saya buat video ini adalah untuk mendapatkan semula anak saya berumur tujuh tahun yang mempunyai masalah autisme, telah dilarikan oleh ayahnya sejak dua minggu lalu.

    Sebelum saya memuat naik video ini, saya sudah pun melalui saluran yang betul iaitu proses mahkamah. Perintah mahkamah menetapkan saya sebagai penjaga utama ketika ini.

    Saya juga sudah membuat laporan polis di beberapa balai di Johor dan Cheras, tetapi menemui jalan buntu. Saya juga hubungi pihak hospital dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), namun anak saya tetap tidak dipulangkan.

    Husnul turut mendakwa kejadian itu bukan pertama kali berlaku. Katanya, hampir tiga tahun dia berdepan situasi sama dengan pelbagai tuduhan tidak berasas daripada bekas suami.

    Sudah tiga tahun dia membawa lari anak kami. Tahun pertama dia buat tuduhan penganiayaian. Tahun kedua dan ketiga, dia menuduh berlaku penderaaan. Sedangkan, luka pada anak buat kesan dera.

    Yang terbaharu, bekas suami telah menyamar sebagai PPD Kulai untuk menukar sekolah anak saya. Namun alhamdulillah pihak sekolah cakna tentang status anak.

    Justeru, Husnul merayu bantuan orang ramai sekiranya terlihat bekas suami bersama anak mereka menaiki kenderaan jenis Hilux berwarna kelabu agar segera menghubunginya.

    Bantulah saya, kalau lihat lelaki ini (tunjuk foto), dia menaiki kereta (Hilux kelabu) bersama anak saya, bantulah. Nasihatkan dia bahawa keputusan dan tindakan dibuat adalah salah. Kembalikan anak saya, fikir kebajikan anak.

    Video

    " data-video-id="7546497938281843976" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @cunul95

    Mohon bantuan! Anak sy telah dilarikan oleh ayahnya Adi Fahmi (0133555282) memandu Hilux kelabu WTB5612 sejak 27 Ogos. Dia seorang narcissistic yg berulang kali melarikan anak dari Johor ke KL hingga anak terabai sekolah. Dia kerap buat report palsu & sanggup biarkan anak berjam-jam di hospital, tapi JKM sahkan tiada unsur penderaan , hanya fitnah utk jatuhkan sy sbg ibu. Hak jagaan interim sah di mahkamah adalah milik sy, bapa hanya ada hak lawatan. Jika ternampak anak sy bersama lelaki ini, mohon segera hubungi sy di 01164104125. Mohon bantuan semua, terima kasih.

    ♬ original sound – husnul ali – husnul ali

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Wanita Dakwa Bekas Suami Sudah Dua Minggu Larikan Anak Autisme, Mohon Bantuan Orang Ramai – ‘Dia Menaiki Hilux Kelabu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah