Perkongsian pelakon Mimi Lana mengenai refleksi diri menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mohon Maaf Kepada Jurusolek, Akui Terlepas Pandang Soal Bayaran Sejak 2019 – ‘Saya Baru Check DM’
Artikel Berkaitan: ‘Jadi Perempuan Harus Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain’ – Mimi Lana
Mimi fokus perbaiki diri

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi pandangan peribadinya mengenai kematangan dan keberanian mengakui kelemahan diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya tak sempurna dan pernah buat silap. Tapi setiap hari saya belajar untuk jadi lebih baik.
Saya yakin Allah itu Maha Besar, dan kepercayaan itulah yang buat saya kuat.
Saya tak perlu tunjuk saya baik atau jadi ‘mangsa’. Saya pilih untuk bertanggungjawab walaupun ia sukar.
Ujar isteri kepada aktor Syafiq Kyle ini lagi, dia kini lebih memilih untuk berada dalam lingkungan yang positif.
Saya tetap pilih untuk buat baik walaupun orang salah faham atau saya disakiti.
Hati saya penuh dengan kasih sayang dan saya cuma nak hidup tenang jauh dari ‘toxicity’.
Pelakon drama Perempuan Itu ini juga percaya bahawa kebaikan sebenar ditunjukkan melalui perbuatan, bukan sekadar kata-kata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Mimi dan terus fokus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Sumber: Thread Mimi Lana
The post Mimi Lana Pilih Buat Baik & Jauhi ‘Toxicity’ – ‘Saya Nak Hidup Tenang’ first appeared on OHBULAN!.





