Pelakon Mimi Lana membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang jurusolek, susulan dakwaan bayaran perkhidmatan yang masih belum diselesaikan.
Artikel Berkaitan: ‘Jadi Perempuan Harus Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain’ – Mimi Lana
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Tak Pilih Produksi, Bayaran Bukan Keutamaan – ‘Asalkan Saya Minat Dengan Watak Itu’
Didakwa tak bayar

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendedahkan seorang artis pernah menggunakan khidmatnya sebagai jurusolek, namun bayaran masih belum dilangsaikan meskipun sudah beberapa kali diberi peringatan.
Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti selebriti yang didakwa tersebut.
Dulu aku bagi rate antara MUA (make up artis) dengan artis sahaja RM250, selepas itu sampai ke sudah buat lupa.
Nak je balas komen dia, ‘bayar hutang saya boleh tak?’
Mimi mohon maaf

Tidak lama selepas itu, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, membalas hantaran berkenaan dengan mengakui kekhilafannya kerana terlepas pandang berkenaan bayaran tersebut.
Saya nampak Threads awak dan saya tahu awak sedang berkata tentang saya sebab saya yang komen macam itu.
Saya teringat, ada beberapa kali awak make up saya dulu.
Maafkan saya, tadi saya baru check DM awak, ada satu mesej daripada awak pada 2019 untuk membayar RM200. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terlepas pandang tentang ini
Terima kasih kerana ingatkan saya, kalau tidak saya pun sudah tak ingat. Allahu.
Susulan itu, Mimi dengan penuh rasa tanggungjawab meminta individu tersebut untuk menghubungi pihaknya bagi urusan pembayaran berkenaan.
Saya tak pernah lagi tak bayar mana-mana make up artist. Kalau ada tolong hubungi pembantu peribadi saya.
Kadang-kadang ada benda yang saya terlepas pandang, dan selalunya bayaran pembantu dan pengurus saya yang selesaikan.
Walaupun jumlahnya kecil bagi kami, tapi besar bagi orang yang bekerja. Tak sepatutnya berlaku.
Sementara itu, tinjauan , mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam oleh individu berkenaan.
Sumber: Threads
The post Mimi Lana Mohon Maaf Kepada Jurusolek, Akui Terlepas Pandang Soal Bayaran Sejak 2019 – ‘Saya Baru Check DM’ first appeared on OHBULAN!.





