30 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mickey, Minnie & Spider-Man Hidupkan Pentas Arena of Stars

    Shopee Sale

    Penonton dibawa hanyut dalam malam penuh muzik, tarian dan sentuhan magis era kanak-kanak apabila Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! menghidupkan pentas Arena of Stars dengan watak-watak kesayangan serta detik yang sukar dilupakan.

    Artikel Berkaitan: [FOTO] Bertemakan Mickey Mouse, Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-2 Arif Jiwa Sungguh Meriah

    Penuh keriangan

    Pada persembahan pertama yang berlangsung Jumaat lalu, penonton dibawa menyelami dunia imaginasi, gelak tawa dan hiburan interaktif yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat kanak-kanak serta ibu bapa.

    Malam penuh keriangan ini bermula dengan persembahan bertenaga daripada DJ Disney Junior yang segera membangkitkan suasana.

    Peminat cilik bersorak apabila Mickey Mouse membuat kemunculan istimewa di atas pentas, sekali gus membuka tirai persembahan penuh keterujaan.

    Sejak itu, suasana pentas terus meriah. Penonton melalui ‘senarai semak playdate’ yang merangkumi nyanyian, tarian, permainan dan belon.

    Setiap segmen memperkenalkan watak-watak yang berbeza termasuk Goofy, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties dan beberapa lagi.

    MENARIK:  [VIDEO] Andika Putra Datang Sambut Hari Jadi Anak, Raut Wajah Ananda Natasha Jadi Bualan – ‘Nampak Dia Sebak’

    Minnie Mouse pula menerima sorakan paling kuat ketika muncul dalam segmen belon, menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut.

    Kembali gamat

    Selepas waktu rehat singkat, dewan kembali gamat dengan kemunculan yang paling dinantikan iaitu Spider Man.

    Tepukan gemuruh dan jeritan kagum bergema apabila wira itu meluncur masuk ke pentas, memukau seluruh penonton.

    Setiap lagu, tarian dan kesan khas membuatkan kanak-kanak terpaku di tempat duduk mereka, manakala ibu bapa turut sama menyanyi dan bertepuk tangan mengikut rentak.

    Persembahan ini benar-benar menyerlahkan semangat Disney Jr. yang sarat dengan muzik, persahabatan dan pengembaraan.

    Penerbit Jonathan Shank dari Terrapin Station Entertainment berkata mereka berbesar hati melihat keluarga di Malaysia merasai pengalaman tersebut.

    Katanya, suasana penuh keterujaan di Arena of Stars sangat luar biasa dan menjadi detik bermakna untuk kanak-kanak.

    Persembahan ini dijadualkan berlangsung hingga 1 September dengan beberapa pertunjukan setiap hari.

    The post Mickey, Minnie & Spider-Man Hidupkan Pentas Arena of Stars first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah