31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Masa Jumpa Jarir, Saya Sebak Teringat Journey Kakya & Abang Fattah Dari Tahun Lepas’ – Irfan Haris

    Shopee Sale

    Adik kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman, iaitu Irfan Haris, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu anak saudaranya, Muhammad Jarir Umar yang baru dilahirkan.

    Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Selamat Timang Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar

    Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Fattah Amin Sentiasa Di Sisi, Doa Dibalas Syurga

    Irfan Haris teruja jumpa anak Amira, Fattah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Irfan mengakui bahawa dia berasa sebak apabila mengenangkan perjalanan hidup kakaknya bersama suami, pelakon Fattah Amin, sebelum akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama. 

    Menurut Irfan, pertemuan pertamanya dengan bayi lelaki itu membuatkan dia terkenang perjalanan pasangan berkenaan sejak setahun lalu sehingga kini bergelar ibu dan bapa.

    Tadi masa first time jumpa Jarir macam sebak pulak teringat journey kakya dengan abang Fattah dari last year tiba-tiba hari ini Jarir dah lahir dah alhamdulillah.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Redha ini juga menzahirkan ucapan tahniah kepada abang dan kakaknya atas kelahiran cahaya mata pertama mereka, pada Isnin.

    Congratulations kakya and abang Fattah. Jarir Umar handsome boy sangat ya Allah.

    Semua pun bersabar ye biar paksu Jarir je dapat tengok dia puas-puas.

    Terdahulu, Fattah memaklumkan isterinya, Amira, selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar, pada jam 6.20 petang Selasa.

    MENARIK:  Isu Royalti Album Rockology Search: Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Rompak’

    Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

    Fattah terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya hasil perkahwinannya dengan usahawan Nur Fazura. 

    Sumber: Instagram Irfan Haris

    The post ‘Masa Jumpa Jarir, Saya Sebak Teringat Journey Kakya & Abang Fattah Dari Tahun Lepas’ – Irfan Haris first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah