Pereka fesyen terkenal, Melinda Looi meluahkan rasa sebak melihat sokongan luar biasa yang diterima Aina Abdul ketika beraksi di Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: AJL40: Melinda Looi Guna 5 Kg Arang & 6,000 Swarovski Hasilkan Busana ‘Gunung Berapi’ Aina Abdul
Artikel Berkaitan: #AJL39: Melinda Looi Habiskan Masa Dua Bulan Siapkan Busana ‘Jantung’, Jumlah Mata & Hidung Tarikh Birthday’ Aina – ‘Saya Guna 15 Teknik’
Usaha keras

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Melinda Looi Lai Yee mengakui tidak dapat menahan air mata apabila mendengar sorakan peminat yang menyebut nama Aina sebelum persembahan bermula.
Menurutnya, momen tersebut cukup menyentuh perasaan memandangkan dia turut menyaksikan sendiri perjalanan dan usaha Aina sepanjang mereka bekerjasama.
Jangan buat saya menangis lagi! Saya menangis teruk malam tadi sebelum dia mula menyanyi apabila terdengar ramai orang melaungkan namanya.
Saat itu, air mata saya tiba-tiba mengalir. Saya sangat bangga dengannya.
Segala usaha keras akhirnya berbaloi apabila saya melihat sokongan yang diterimanya daripada semua orang.
Perjalanan bersama Aina Abdul sentiasa penuh dengan cabaran, namun pada masa sama cukup menggembirakan!
Dalam pada itu, pereka fesyen itu turut memuji kerja keras Aina dan menyeru orang ramai untuk menjadikan kesungguhannya itu sebagai inspirasi.
Dia bekerja keras! Kita juga perlu belajar daripadanya.
Jadi, jangan pernah berhenti menyayanginya! Saya akan sentiasa berada di sisinya setiap kali dia memerlukan saya!
Terdahulu, seorang individu di Threads memberikan penghargaan kepada Melinda atas kreativiti dan hasil rekaan busana pentas yang sering menyerlahkan identiti tersendiri Aina.
Individu berkenaan menyifatkan setiap rekaan Melinda bukan sekadar fesyen, sebaliknya sebuah karya seni yang menggabungkan imaginasi dan penceritaan menerusi reka bentuk.
The post Melinda Looi Sebak Lihat Sokongan Peminat Terhadap Aina Abdul – ‘Segala Usaha Keras Akhirnya Berbaloi’ first appeared on OHBULAN!.





