27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Norman Hakim Bangga Dengan Pencapaian Marissa Dania, Pesan Jangan Abaikan Zakat – ‘Istiqamah Dalam Bersedekah’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Norman Hakim meluahkan rasa bangga melihat anak perempuannya, Marissa Dania berjaya membeli sebuah kereta hasil titik peluh sendiri.

    Artikel Berkaitan: Marissa Dania Tempelak Individu Sentuh Hubungan Dengan Abby Abadi – ‘Lebih Sudu Daripada Kuah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norman Hakim Kongsi Persiapan Perkahwinan Anak Sulung – ‘Pengalaman Pertama Saya Sebagai Bapa’

    Norman Hakim bangga pencapaian Marissa

    View this post on Instagram

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤ (@normanhakim_786)

    Menerusi hantaran di Instagram, Norman berkongsi momen ketika menemani Marissa mengambil kereta baharunya.

    Selain menzahirkan ucapan tahniah, pelakon drama Gerak Khas ini mengakui anaknya itu telah berusaha keras sehingga mampu mengecapi apa yang diimpikannya.

    Syabas anak… Kamu sudah bekerja keras dan membuktikan bahawa kecemerlangan, disiplin serta keazaman mampu membawa kamu jauh. 

    Kamu sememangnya layak menghadiahkan diri sendiri dengan ‘mainan’ ketiga kamu.

    Dalam masa sama, Norman turut mengingatkan Marissa agar sentiasa mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk membayar zakat selain membantu golongan yang memerlukan.

    Pesanan Papa, jangan sesekali abaikan zakat. Terus istiqamah dalam bersedekah dan jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah.

    Kejar reda Allah dan kebahagiaan akhirat, insya-Allah dunia akan menyusul dengan izin-Nya. 

    Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-Nya.

    Tidak kurang penting, mari tetapkan sasaran seterusnya iaitu #Taycan,” .

    Dia juga berharap anaknya itu tidak berhenti berusaha dan terus meletakkan sasaran lebih tinggi dalam kehidupan.

    MENARIK:  [VIDEO] 10 Tahun Tak Berlakon, Zahida Rafik Idam Watak Yang Mencabar & Lasak Untuk Buat ‘Come Back’

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Norman Hakim Bangga Dengan Pencapaian Marissa Dania, Pesan Jangan Abaikan Zakat – ‘Istiqamah Dalam Bersedekah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah