27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Khadijah Masih Kawan Baik Dengan Amir Ahnaf, Minta Maaf Pada Peminat Sebab ‘Kapal’ Dah Karam – ‘Saya Bukan Nakhodanya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Khadijah menegaskan dirinya masih berkawan baik dengan aktor, Amir Ahnaf meskipun timbul dakwaan mengatakan hubungan mereka mula renggang susulan beberapa kontroversi sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Minta Peminat Henti Spekulasi Dakwaan Dirinya Sedang Bersedih

    Masih kawan baik

    Siti, 29, berkata, mereka bersikap profesional selain berpendapat industri hiburan tempatan tidak terlalu besar dan berkemungkinan bertemu bila-bila masa. Justeru tiada sebab untuk mereka mengelak atau tidak bertegur sapa.

    Kami baik sahaja. Ya, cuma industri seni ini, pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama. Industri ini kecil sahaja, kalau dia ada di sebelah pun saya akan tegur sahaja dia.

    Siti berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Instana Budaya, pada Sabtu.

    MENARIK:  POV XTRA: ‘Pengikut Ramai Bukan Tiket Jadi Pelakon, Yang Penting Bakat & Niat’ – Qistina Khaled

    Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai harapan peminat yang masih mengharapkan mereka kembali bersama, Siti secara berseloroh menyifatkan ‘kapal’ yang menjadi simbolik mereka itu sudah karam.

    Karam. Minta maaf, saya bukan kapten kapal itu. Saya hanyalah seorang wanita yang menjadi penumpang atau anak kapal, bukan nakhodanya. Saya minta maaf kalau ini tidak apa seperti mana yang anda jangkakan.

    Pelakon drama Cinta Dalam Sekam itu bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan kerana menganggapnya agak sensitif.

    Terdahulu, Siti dan Amir turut hadir pada malam berprestij FFM35 bagi memberi sokongan kepada rakan pelakon lain yang tercalon.

    The post Siti Khadijah Masih Kawan Baik Dengan Amir Ahnaf, Minta Maaf Pada Peminat Sebab ‘Kapal’ Dah Karam – ‘Saya Bukan Nakhodanya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah