27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MSAM X KJH  2026 Kembali! Terokai Dunia Kewangan Dengan Cara Menyeronokkan Di Stadium Merdeka

    Shopee Sale

    Tak tahu nak buat aktiviti apa pada cuti hujung bulan ini? Apa kata korang ajak keluarga dan rakan-rakan ke Minggu Saham Amanah Malaysia x Karnival Jom Heboh (MSAM x KJH) di Stadium Merdeka? 

    Bukan sahaja dapat menikmati pelbagai aktiviti hiburan, korang juga berpeluang menambah ilmu tentang pengurusan kewangan dan pelaburan menerusi pendekatan yang lebih menyeronokkan.

    Buat julung kalinya tahun ini, acara utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 berkolaborasi dengan Karnival Jom Heboh (KJH) bagi menghidupkan seluruh kawasan Presint Merdeka 118 dengan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik selama tiga hari, bermula 27 November 2026 hingga 29 November 2026.

    Lebih menarik, pelbagai hadiah lumayan termasuk sebuah rumah dua tingkat dan kereta turut menanti pengunjung bertuah!

    Gabungan MSAM 2026 dan KJH bakal meriahkan Stadium Merdeka

    Buat pengetahuan korang, MSAM merupakan acara literasi kewangan utama anjuran PNB. Istimewanya edisi kali ini, buat pertama kali ia bergabung tenaga bersama KJH di Stadium Merdeka untuk membawakan pengalaman unik yang menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan kewangan dalam satu lokasi.

    Lebih menarik, kemeriahan acara kali ini bukan hanya tertumpu di Stadium Merdeka, sebaliknya turut diperluaskan ke seluruh Presint Merdeka 118 yang merangkumi 118 Mall dan Muzium Tekstil Merdeka (MTM).

    Dengan sasaran kehadiran sekitar 250,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran, gabungan kedua-dua acara ini pastinya menjanjikan pengalaman istimewa untuk korang sekeluarga.

    Berhibur sambil mendalami ilmu simpanan dan pelaburan

    Kalau selama ini topik kewangan dan pelaburan kedengaran agak serius, MSAM 2026 tampil dengan pendekatan berbeza untuk menjadikan ilmu ini lebih dekat dengan kehidupan seharian.

    Menerusi pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung berpeluang mengenali kepentingan mengurus wang, membina tabiat menyimpan serta memahami asas pelaburan dengan cara yang lebih mudah dan menarik.

    Usaha ini selari dengan gerakan Kita Generasi Labur yang diperkenalkan oleh PNB dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi membantu rakyat Malaysia mencapai kemerdekaan serta impian kewangan masing-masing, tanpa mengira latar belakang mahupun peringkat umur.

    Malah, inisiatif ini bukan sahaja menyasarkan golongan dewasa yang sudah bekerja, malah turut menggalakkan generasi muda dan keluarga untuk mula mengambil tahu tentang kepentingan perancangan kewangan.

    Sepanjang tiga hari acara berlangsung, korang boleh membawa seisi keluarga menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk meneroka LaburLand, bertemu dan bergambar bersama Along Bijak, sambil berpeluang menangi pelbagai hadiah. 

    Pada masa yang sama, korang juga berpeluang memulakan atau menambah pelaburan dengan lebih mudah di MSAM.

    Jadi, sambil korang menikmati persembahan dan aktiviti KJH, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke ruang pameran serta menyertai pelbagai aktiviti MSAM yang disediakan.

    Kumpul cop pasport MSAM untuk peluang menang rumah dan kereta

    Apa yang bestnya kali ini, MSAM sentiasa membawakan pelbagai hadiah menarik untuk para pengunjungnya sepanjang acara berlangsung.

    MENARIK:  [VIDEO] Minum Ais Dalam Pantang, Intan Najuwa ‘Sekolahkan’ Netizen – ‘Air Sejuk Kalau Masuk Badan Akan Tukar Kepada Suhu Badan’

    Antaranya, pengunjung boleh mengumpulkan cop pada pasport MSAM di beberapa lokasi sekitar Presinct Merdeka 118. Mereka yang berjaya melengkapkan perjalanan tersebut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

    Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk:

    • Rumah dua tingkat di Suasana Ainsdale.
    • Sebuah kereta BYD Seal Performance.
    • Baucar percutian bernilai RM50,000.

    Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah dan promosi istimewa turut disediakan kepada pengunjung yang membuat pelaburan dengan ASNB sepanjang acara berlangsung.

    Malah, mereka yang membuat pelaburan serendah RM100 juga berpeluang menikmati cenderamata serta hadiah istimewa termasuk peluang menikmati pemandangan dari The View 118.

    Saksikan pemandangan dari The View at 118 menerusi pelaburan dengan ASNB

    MSAM X KJH

    Ada satu lagi pengalaman eksklusif yang boleh dinantikan sepanjang MSAM 2026. Menerusi pelaburan dengan ASNB, korang berpeluang menikmati pengalaman eksklusif The View at 118, iaitu dek pemerhatian di Menara Merdeka 118.

    Peluang ini pastinya menjadi antara tarikan istimewa kerana korang berpeluang menikmati pemandangan dari salah satu mercu tanda ikonik negara.

    Bagi yang tidak berkesempatan berkunjung ke Stadium Merdeka, jangan risau kerana kemeriahan MSAM turut dibawa ke cawangan ASNB di seluruh negara sepanjang November.

    Malah, bermula 1 Disember 2026 hingga 15 Disember 2026, pelbagai ganjaran menarik turut ditawarkan kepada pengunjung yang membuat pelaburan mengikut kategori yang ditetapkan. Korang juga berpeluang menikmati penyertaan tambahan untuk kempen Pandu Impianmu 2.0.

    Akses mudah ke MSAM, terokai setiap sudut dan raih ganjaran!

    Untuk ke sini pun sangat mudah kerana lokasi ini mempunyai akses terus dengan pengangkutan awam. Tapi kalau korang memandu, ada sedikit tips parking untuk korang semua di mana pengunjung yang berjaya melengkapkan cop pasport MSAM boleh menikmati kadar parkir rata RM6.

    Lebih menarik, mereka yang melengkapkan kedua-dua cop pasport MSAM dan cop 118 Mall pula layak menikmati kemudahan parkir secara percuma.

    Jadi, pastikan korang luangkan masa meneroka setiap lokasi yang terlibat sepanjang tiga hari penganjuran acara ini.

    Jangan buang masa lagi, tandakan kalendar korang pada 27 November 2026 hingga 29 November 2026 dari jam 9 pagi hingga 11 malam. Ajak juga keluarga serta rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan Stadium Merdeka.

    Jom rasai sendiri kemeriahan gabungan MSAM x KJH 2026, terokai pelbagai aktiviti menarik MSAM 2026 dan jadi sebahagian daripada Kita Generasi Labur. Mana tahu, selain membawa pulang ilmu kewangan baharu, korang juga berpeluang menjadi salah seorang pemenang hadiah lumayan yang ditawarkan!

    Untuk maklumat lanjut, layari https://www.pnb.com.my/ms/msam. 

    The post MSAM X KJH  2026 Kembali! Terokai Dunia Kewangan Dengan Cara Menyeronokkan Di Stadium Merdeka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah