Pelakon, Aprena Manrose meminta individu yang mempunyai urusan hutang dengan bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman supaya tidak lagi mengganggunya kerana mereka sudah bercerai dan tidak mempunyai sebarang kaitan.
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Persiapan Raya Kali Ini Berbeza – ‘Saya Hanya Fokus Pada Diri Sendiri & Keluarga’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Single Dahulu, Sebelum Ini Fikir Tentang Pasangan Pun Tak Habis Lagi’ – Aprena Manrose
Bekas suami didakwa berhutang?

Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia tidak mengetahui sebarang urusan pinjaman wang yang dilakukan bekas suaminya, apatah lagi terbabit dalam masalah kewangan tersebut.
Saya berharap sangat kepada orang-orang yang dia pernah berhutang, tolonglah jangan cari saya lagi sebab saya sudah tiada kena-mengena. Memang saya tidak terlibat.
Kalau boleh, tolong cari dia dan keluarganya. Saya minta tolong sangat. Saya kena bersuara juga pasal perkara ini, sebab tidak mahu ada ingat saya bersubahat. Sumpah demi Allah, saya tidak tahu apa-apa.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran wangiannya Aurena x Bueaboss yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Aprena mendedahkan dia turut menerima mesej berunsur ugutan, namun mengambil keputusan untuk tidak membawa perkara itu kepada pihak polis.
Bercerita lanjut mengenai jumlah hutang yang didakwa ditinggalkan bekas suaminya, Aprena memaklumkan dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit.
Mereka mula mencari saya selepas bercerai. Sebelum bercerai dahulu memang ada saya maklumkan kepadanya, tetapi selepas berpisah saya sudah tidak bercakap dengan dia, jadi dia tidak tahu.
Saya tidak tahu jumlah sebenar, tetapi orang yang mencari dan memberitahu saya itu memaklumkan nilainya mungkin mencecah ratusan ribu ringgit. Saya tidak mahu tersalah cakap.
Dalam pada itu, Aprena turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai tuntutan nafkah yang sedang diuruskan di mahkamah sebagai sebahagian daripada haknya selepas berpisah.
Saya ke mahkamah untuk membuat tuntutan nafkah sebagai hak seorang isteri. Buat masa ini dia lawan balik, tetapi saya faham mungkin dia mahu mencari kata sepakat mengenai amaun yang dipersetujui.
Kalau boleh saya berharap dia permudahkan urusan ini. Saya tahu dia seorang yang bertanggungjawab, jadi saya harap dia akan beri kerjasama, insya-Allah.
Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016 sebelum mengumumkan perceraian pada Jun tahun lalu.
The post Aprena Manrose Minta Pemiutang Bekas Suami Berhenti Ganggu, Dakwa Hutang Cecah Ratusan Ribu – ‘Cari Dia, Saya Tak Terlibat’ first appeared on OHBULAN!.





