29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM35: ‘Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Semua Wanita Bergelar Ibu’ – Aghniny Haque

    Shopee Sale

    Pelakon Indonesia, Aghniny Haque mendedikasikan kemenangan Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) kepada semua wanita yang bergelar ibu.

    Artikel Berkaitan: ‘Bakat Ini Bukan Hak Saya, Tetapi Pinjaman Daripada Allah SWT’ – Fauziah Ahmad Daud

    Artikel Berkaitan: FFM35: CEO FINAS Restu Kemenangan Khadam, Juri ‘Pening Kepala’ Pilih Pemenang

    Dedikasi kemenangan buat para ibu

    Ketika ditemui , Ahgniny berkata watak Melur yang dibawanya dalam filem Khadam menggambarkan seorang ibu tunggal yang sanggup berkorban demi keluarga.

    Meskipun watak yang dilakonkannya tidak mempunyai dialog namun dia percaya ianya juga mampu menyampaikan emosi kepada penonton.

    Ada kalanya, perkara yang berlaku tanpa kata-kata itu sebenarnya boleh disampaikan dengan lebih jujur.

    Saya mahu berterima kasih kepada penerbit dan pengarah kerana telah memilih saya untuk membawakan watak Melur.

    Pada saya, Melur adalah insan istimewa. Beliau seorang ibu yang kuat, hidup sendiri dan penat nak menguruskan anak-anak. Melur juga perlu berlawan dengan saka keluarga.

    Namun, dengan segala cabaran itu, dia masih mampu berdiri untuk menjaga anak-anaknya. Pada saya, itu semangat yang luar biasa. Anugerah ini saya dedikasikan kepada semua ibu-ibu di luar sana.

    Aghniny berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak anugerah FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Dr Say Terharu Melihat Anak Autisme Berjaya Bersekolah – 'Ayah Sayang Kamu Begitu Banyak Ace'

    Dalam pada itu, Aghniny mengakui tidak menyangka akan menerima pengiktirafan tersebut kerana kehadirannya ke FFM35 pada awalnya hanya untuk memberikan sokongan kepada filem Khadam.

    Saya tidak percaya akan menerima pengiktirafan istimewa ini. Saya mahu berada di sini untuk memberikan sokongan buat filem Khadam.

    Filem ini tersenarai dalam 12 pencalonan. Saya pun ikut bangga dan gembira. Pihak penerbit pun tidak ada maklumkan apa-apa tentang anugerah ini.

    Mereka mahu saya hadir. Kalau saya tahu lebih awal, mungkin saya akan siapkan ucapan lebih awal,

    Mengulas mengenai kemenangannya, Aghniny juga bersyukur dengan sokongan daripada rakan industri dan peminat di Malaysia.

    Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan bersyukur bila melihat bagaimana teman-teman di Malaysia yang sentiasa menyokong dan menerima kehadiran saya.

    Saya seronok untuk berada di sini dan merayakan industri perfileman dengan rakan-rakan di Malaysia. Saya sebenarnya nak hampir pengsan.

    Ini adalah pengiktirafan pertama saya di luar negara. Ia perkara yang sukar untuk dipercayai.

    Terdahulu, filem Khadam turut memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di FFM35.

    Filem berkenaan membawa pulang keseluruhan 10 trofi daripada 12 pencalonan.

    The post FFM35: ‘Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Semua Wanita Bergelar Ibu’ – Aghniny Haque first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah