Pempengaruh media sosial, Sharifah Eleen berkongsi perjalanan penghijrahannya yang bermula dengan usaha memperbaiki dan menjaga solat.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Umat Islam Wajib Tegur Saudara Seagama, Tapi Dalam Kedaan Lembut & Tidak Memalukan’ – Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: Betty Rahmad Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah – ‘Diam Tak Bermaksud Rela Dipijak’
Perbaiki diri dengan solat

Menerusi hantaran di Threads, Eleen berkata, menjaga rukun Islam kedua itu menjadi langkah awal yang diambilnya sebelum berusaha memperbaiki diri secara berperingkat.
Perjalanan hijrah saya bermula dengan saya mula menjaga solat. Dulu sewaktu zaman seksi saya tetap berusaha menjaga solat.
Betul, kalau kita mahu berhijrah, kita mulakan dahulu dengan solat. Sebab bila kita dah perbaiki solat, maka Allah akan perbaiki seluruh kehidupan kita.
Mungkin belum sempurna sepenuhnya, tetapi biarlah sentiasa di atas garisan yang betul.
Perkongsian itu dibuat Eleen selepas menghadiri sebuah majlis keagamaan anjuran pelakon, Betty Rahmad, baru-baru ini.
Eleen turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Betty kerana menyediakan ruang untuk dirinya serta tetamu lain mendalami ilmu agama.
Alhamdulillah, terima kasih kak Betty Rahmad untuk satu lagi taman syurga. Kak Betty terima kasih kerana membuka ruang untuk kami mendalami ilmu agama.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam rumah tangga anda dan mengurniakan ganjaran pahala yang tidak terhingga.
Sumber: Threads
The post ‘Dulu Waktu Seksi, Saya Tetap Usaha Jaga Solat’ – Sharifah Eleen Kongsi Perjalanan Hijrah first appeared on OHBULAN!.





