Penyanyi, Nubhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi sebutan perceraian terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada 9:41 pagi, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Buka Ladang Seluas Empat Ekar, Netizen Bangga Dengan Kejayaan Anak Melayu – ‘Dah Saing Khairul Aming’
Harap yang terbaik

Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad tiba di mahkamah dengan berpakaian lengkap sut berwarna biru gelap.
Dalam pada itu, Nubhan mengharapkan doa orang ramai agar segalanya dipermudahkan.
Saya cuma mengharapkan doa yang terbaik.
Saya tak dapat beri jawapan buat masa sekarang.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
The post ‘Saya Cuma Mengharapkan Doa Yang Terbaik’ – Nubhan first appeared on OHBULAN!.





