27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM35: CEO FINAS Restu Kemenangan Khadam, Juri ‘Pening Kepala’ Pilih Pemenang

    Shopee Sale

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib merestui kemenangan Khadam sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

    Artikel Berkaitan: Shaheizy Sam Belanja 100 Keping Piza Percuma Sempena Kemenangan Di FFM35 – ‘Jemput Datang Ke Kafe Saya, Dibuka Jam 11 Pagi’

    Artikel Berkaitan: FFM35: Khadam Dinobat Filem Terbaik, Bolot 10 Kategori! Bawa Pulang Dana RM1 Juta

    Khadam layak menang

    Azmir berkata, filem arahan Shamyl Othman itu memiliki pakej lengkap menerusi gabungan jalan cerita, lakon layar, pengarahan serta mutu lakonan barisan pelakon yang terlibat.

    Saya sendiri sudah menonton filem Khadam beberapa kali, termasuk ketika tayangan perdana dan tayangan yang dianjurkan bersama pihak kementerian serta beberapa pihak lain.

    Pada pandangan saya, Khadam merupakan sebuah filem yang mempunyai pakej lengkap, bermula daripada pengarah, jalan cerita, lakon layar hinggalah barisan pelakonnya.

    Semua pelakon yang terlibat memberikan persembahan yang sangat baik, termasuk Datuk Remy Ishak. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya mengapa beliau tidak tercalon, dia juga antara pelakon terbaik.

    Selain itu, lakonan pelakon kanak-kanak turut memberikan kekuatan kepada filem ini. Saya percaya gabungan keseluruhan elemen tersebut menjadi antara faktor yang membolehkan Khadam meraih kemenangan pada FFM35.

    Azmir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, pada Sabtu.

    Penilaian juri

    Mengulas mengenai proses penjurian, Azmir menjelaskan pemilihan pemenang tahun ini bukan mudah memandangkan setiap kategori menampilkan pencalonan berkualiti dan persaingan sengit.

    Saya pasti ada beberapa persoalan tertentu, termasuk mengenai juri dan sebagainya. Proses penjurian berjalan dengan baik. Saya juga sempat bertemu dengan Abang Din Said sebelum malam kemuncak.

    Dia memaklumkan bahawa proses penjurian pada tahun ini agak sukar kerana terdapat banyak pencalonan yang hebat. Malah, ada juga calon berkualiti yang tidak tersenarai dalam lima calon terbaik.

    Menurutnya, lima calon yang berjaya ke peringkat akhir sememangnya antara yang terbaik. Proses pemilihan pemenang juga mengambil masa sehingga ke hari-hari terakhir kerana pihak juri masih berbincang.

    Apa yang menarik pada tahun ini ialah kita memperkenalkan kaedah penjurian baharu dengan melibatkan 50 wakil media sebagai juri industri.

    Ketika saya bertanya kepada Abang Din, dia sendiri mengakui terkejut apabila melihat keputusan markah daripada 50 juri industri tersebut. Markah yang diberikan juga hampir sama dengan penilaian lapan juri profesional utama.

    Terdahulu, Khadam mencipta kejayaan besar apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM35, sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta daripada Kementerian Komunikasi dan FINAS.

    MENARIK:  Rose, Jisoo & Lisa Blackpink Titip Ucapan ‘Sweet’ Sempena Hari Jadi Jennie – ‘Syukur Dikurniakan Seorang Kakak Seperti Awak’

    Filem berkenaan turut meraih kemenangan dalam beberapa kategori lain termasuk Tatarias dan Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Pengarah Terbaik.

    The post FFM35: CEO FINAS Restu Kemenangan Khadam, Juri ‘Pening Kepala’ Pilih Pemenang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah