Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, walaupun sudah berdekad lamanya, citarasa tradisi terus kekal menjadi kegemaran ramai kan?
Korang setuju tak? Kalau korang macam min penggemar pencuci mulut klasik dan makanan tradisi Malaysia, min cadangkan korang cuba dessert dan pes masakan daripada Golden Days Dessert X Chef101. Mudah, cepat dan sedap!
Banyak pilihan… semua best!

Dengan Golden Days Dessert X Chef 101 korang tak perlu lagi habiskan masa berjam-jam di dapur untuk siapkan pencuci mulut kegemaran korang dan keluarga.
Kalau tiba-tiba korang craving manisan, serius ni pilihan paling baik! Korang tinggal buka, dan makan je!
Kalau nak lagi umphhh, korang boleh panaskan, atau letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pun surrrrr…
Antara pilihan pencuci mulut klasik yang boleh korang cuba:
- Bubur Kacang Hijau
- Bubur Kacang Merah
- Barli Fucuk
- Bubur Jagung
- Bubur Chacha
- Bubur Pulut Hitam
- Lai Chi Kang
- Kulat Salji dengan Pir
Paling best, semua produk ini bebas pengawet, tahan lama, mudah dibawa ke mana-mana, dan yang penting – dijamin halal oleh JAKIM. Kanak-kanak pun boleh makan tanpa risau!
Masak lebih mudah dengan pes masakan chef101

Bukan setakat pencuci mulut, Chef101 juga menawarkan rangkaian pes masakan sedia guna.
Kalau korang sibuk kerja tapi tetap nak masakan rasa sedap macam air tangan orang lama, korang wajib cuba pes masakan Chef 101. Sedap!
Antara pes masakan autentik dari Chef101:
- Pes Kari Ikan
- Pes Asam Pedas
- Pes Rendang
- Pes Tomyam
- Pes Oden
- Pes Laksa Lemak Thai
- Pes Tiga Rasa
Mudah nak masak, korang cuma tumis, tambah bahan, dan siap! Sesuai sangat untuk yang nak cepat.
Jumpa Mereka Di Karnival Jom Heboh Penang!

Kalau korang jenis yang suka “try dulu baru percaya”, korang datang je ke Karnival Jom Heboh Penang pada 7 November 2025 hingga 9 November 2025 dan rasai sendiri sample produk yang mereka ada.
Kalau kena dengan selera korang, masa tu boleh la borong banyak-banyak pencuci mulut Golden Days Dessert dan pes masakan Chef101.
Golden Days Dessert ni memang sesuai untuk korang yang rindu manisan klasik penuh nostalgia.
Sekarang dah senang nak dapat sebab dah ada di Aeon, Aeon Big, Bila-Bila Mart, Village Grocer, B.I.G, The Food Merchant, Cold Storage, Mercato, NSK Grocer, Eighteen Gourmet, The Store, Pacific Grocer & Hypermarket, Pasar Besar dan POS Shop, malah bakal hadir di MyNews tidak lama lagi!
Kalau korang jenis suka masak, jangan lupa juga Chef101 Cooking Pastes… senang, cepat, dan penuh rasa autentik!
Korang boleh cari di Billion, Salamku, Pasaraya PKT, Jaya Gading, Pasaraya WLS, Sugo Village, Aeon Big, NSK Grocer, Pasar Besar, Eighteen Gourmet dan merata-rata kedai runcit.
Untuk makluman korang, Golden Days Dessert X Chef101 ialah jenama tempatan yang menawarkan pencuci mulut klasik dan pes masakan tradisi dengan sentuhan moden dan dalam masa yang sama, berusaha mengekalkan rasa autentik manisan tempatan.
Buat penggemar pencuci mulut tempatan, Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dan cuba sendiri manisan Golden Days Dessert dan pes masakan Chef101. Min yakin korang pasti berpuas hati.
Apa yang pasti, jangan lupa datang ke Karnival Jom Heboh Penang, November ini dan support booth Golden Days Dessert X Chef101 di sana.
The post Manisan? Lauk? Semua Jadi Mudah Dengan Golden Days Dessert X Chef101 first appeared on OHBULAN!.





